Kini semua orang perlukan telefon pintar,
tak kira peringkat usia. Namun tidak dapat dinafikan pilihan telefon pintar
ketika ini sangat memeningkan kepala. Kadang-kadang kita baru je beli,
tiba-tiba dah keluar model baru yang lebih canggih.
Sekarang ni korang dah tak perlu
berbelanja ribuan ringgit untuk mendapatkan sebuah telefon pintar boleh harap.
‘Boleh harap’ bermaksud ianya mampu melaksanakan tugas asas dengan sempurna
bersama ciri lain yang berguna dalam kehidupan seharian.
Dalam usaha untuk turut memenangi segmen
kelas pertengahan, Huawei sekali lagi menampilkan sebuah model baru untuk siri
Nova mereka, iaitu Huawei Nova 2 Lite. Seperti abang kembarnya, yang terjual di
pasaran seperti pisang goreng cheese panas, Huawei Nova 2 Lite mencatatkan
jualan sebanyak 7,000 unit dalam masa 4 hari.
Huawei Nova 2 Lite
masih lagi meneruskan legasi yang dibawakan oleh Huawei Nova2i dengan rekaan trendy 18:9, menghasilkan ukuran skrin
5.99 inci pada badan berukuran 5.5 inci. Korang dapat lebih skrin dengan ciri
paparan FullView ini.
Dijalankan dengan sistem operasi Android
Oreo terus dari kotak bersama RAM bersaiz 3GB, korang boleh jangkakan peranti
ini beroperasi dengan lancar bersama antaramuka EMUI 8.0. Melalui EMUI 8.0,
korang akan dapat banyak ciri baru yang menarik seperti Pengimbasan Wajah pada
kelajuan 900 milisaat, Huawei Clone untuk memudahkan pemindahan aplikasi, Game
Suite untuk menapis sebarang gangguan ketika bermain game, Mini Screen View
untuk penggunaan sebelah tangan, Gesture Control untuk memudahkan korang
gunakan sepenuh jari korang kat atas skrin yang lebih luas tu.
Telefon ini juga dibina dengan storan
dalaman 32GB, disertakan juga tiga ruang slot kad, dua untuk kad sim dan satu
untuk kad microSD yang menyokong sehingga 256GB. Ciri ini sangat berguna pada
anda yang mempunyai dua nombor, bila line
telko tak clear, boleh terus tukar ke telko lagi satu, tak perlu nak
tukar-tukar kad dah. Genius!
Huawe Nova 2 Lite dilengkap dengan
sistem dwi-kamera dengan tetapan 13MP+2MP dalam menghasilkan gambar BOKEH
selain fungsi focus laju PDAF. Apabila mod ‘Wide Aperture’ diaktifkan, lensa
13MP akan menangkap detail pada
subjek manakala lensa 2MP akan memberikan kesan bokeh. Seperti biasa, dengan
aplikasi kamera Huawei, anda boleh memilih titik fokus dan menetapkan tahap ‘blur’ di latar
balakang dengan 7 jenis tahap aperture.
Kamera
selfie 8MP pula dilengkapi dengan flash ikut tona swafoto secara manual atau
automatik dengan aperture f/2.0.
Selain itu, korang juga boleh mengambil selfie
pada sudut luas sehingga 77 darjah. Nak ambik wefie pun senang.
Berbalik
kepada persoalan kami, adakah Huawei Nova 2 Lite ini mampu mengulangi kejayaan
Huawei Nova 2i? Pada kami, Nova 2 Lite
ini merupakan alternatif bajet kepada Nova 2i. Dengan tanda harga RM799, kami
yakin peranti ini mampu menyayingi atau mungkin mampu mengalahkan Nova 2i di
pasaran tempatan.
Walaupun hadir
pada tanda harga bajet, peranti ini tetap membawakan sokongan VoLTE dan VoWiFi
untuk penggunaan media sosial yang lebih lancar seperti memotong mentega.
Memang sesuai sangat pada mereka yang selalu bersiar-siar di beberapa platform
media sosial yang berbeza. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna
iaitu hitam dan biru. Kalau tak tau nak buat pilihan, ambik warna biru, cantik
gila!
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877