Kellie’s Castle bukanlah asing lagi bagi rakyat Malaysia, Walaupun telah berusia 112 tahun, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya.
Keunikan senibina dan keindahannya istana yang terletak di batu Gajah Perak ini telah menjadi bualan ramai, namun kisah misteri yang sering diceritakan juga memang tidak kurang hebatnya menjadikan tempat bersejarah tinggalan English ini amat dikenali sehingga ke luar negara.
Baru-baru ini sebuah kumpulan pergambaran dikhabarkan telah datang ke istana lama ini untuk menghasilkan sebuah video klip untuk jenama fesyen terkenal, Lily Petuna kerana keunikan dan nilai kormesial yang ada pada bagunan usang tidak berpenghuni ini.
Diceritakan kepada penulis sendiri tentang kejadian pelik yang menimpa krew-krew penggambaran video clip berkenaan dan pelakon-pelakonnya, diceritakan oleh salah seorang kakitangan Lily Petuna, katanya kejadian yang menimpanya dengan rakan-rakan bukan rekaan seperti kisah sang kebaya merah baru-baru ini, ini memang betul-betul terjadi.
Menurut beliau yang merupakan model, kamera yang digunakan merakam aksi mereka tiba-tiba rosak dan kelihatan satu kelibat objek yang tidak dikenali pada skrin kamera sebelum itu, menurut beliua itu hanya sedikit yang terjadi, jadi kami di SK dan juga blog Kaki Share diceritakan kisah ini secara ekslusif di mana beberapa footage misteri telah berjaya dirakam didedahkan oleh pihak Lily Petuna kepada kami.
Kisah Floor Manager :
Nama saya Dee dari Lily Petuna dan saya ialah orang yang bertanggungjawab untuk memilih tempat bagi shoot Lily Petuna Raya Campaign 2018. Semasa merancang untuk mengadakan pengambaran disana kami memang dah buat review tentang tempat yang di beri nama Kellie’s Castle yang sangat terkenal bagi rakyat Malaysia dan kami tahu memang tempat tersebut agak keras dan menyeramkan seperti kata penduduk tempatan. tapi disebabkan Kellie’s Castle memang tempat paling sesuai untuk Campaign ini jadi kami gagahkan diri untuk meneruskan pengambaran di sini sehingga selesai.
Team Lily Petuna menarik diri secara tiba-tiba
Untuk pengetahuan semua, seminggu sebelum kami bercadang untuk mengadakan pengambaran Lily Petuna, seorang model yang telah kami confirmkan sebelum ini secara tiba-tiba telah menarik diri disebabkan dia pernah mengalami gangguan yang teruk di Kellie’s Castle semasa pengambaran lain sebelum ni. Dan beberapa hari sebelum kami bertolak ke Kellie Castle, beberapa orang daripada team Lily Petuna sendiri pula tarik diri daripada pengambaran disebabkan ada antara mereka sudah dapat merasakan sesuatu tak kena pada pengambaran kali ini.
Hari Pengambaran
Bila tiba pula pada hari pengambaran, kami mengunakan salah satu bilik yang terdapat di Kellie’s Castle, bilik tersebut berada dalam keadaan malam dan sememangnya ia lain dari bilik yang lain dan bilik ini di atur untuk persiapan model-model sebelum melakukan pengambaran dan pada suatu ketika bila semua sudah bersiap dan nak keluar untuk pengambaran seterusnya.
Pintu Terhempas
Saya sebagai orang yang di pertanggungjawabkan untuk pengambaran Lily Petuna pula harus tinggal dalam bilik tersebut sorang diri bertindak untuk menjaga kesemua barang-barang set dan tiba tiba pintu bilik itu yang pada asalnya terbuka luas memang tak tertutup secara tiba tiba seperti di hempas tutup walaupun pada zahirnya tiada langsung laluan angin. Memang situasi dalam bilik itu tersangat-sangatlah malap, saya pada asalnya dalam keadaan tenang mula rasa seperti ada sesuatu sedang duduk bersama saya dan pada ketika itulah bulu roma mula meremang dan rasa seperti ada orang lain sekali dalam bilik tu.
Kaki Menjadi Berat
Akibat terkejut saya dengan pantas ingin mencapai tombol pintu tadi ingin memanggil team Lily Petuna yang lain seterusnya keluar dari bilik itu namun secara tiba-tiba jantung saya berdegup dengan kencang dan yang amat paling mendebarkan pengerakan kaki saya untuk melangkah mencapai tombol pintu tersebut menjadi terlalu lambat ketika itu, seperti ada yang memegang, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu memang tak terkata dan tersangat takut sampai hampir luluh jantung saya, bila dapat keluar dari bilik tersebut saya terus terdiam mulut seperti terkunci dan air mata saya hampir bercucuran ketika melihat team yang lain. Itula pengalaman yang saya lalui dan paling tak boleh lupa ketika pengambaran berlangsung dan kalau sesiapa ada ketika pengambaran berlangsung dekat tempat itu mesti tahu bertapa takutnya situasi ketika itu.
Gambar Hantu Kellie’s Castle Kiriman Photographer Lily Petuna
Kejadian terjadi apabila saya cuba untuk merakam bilik tersebut, dalam pukul 5.30 (sebelum siren tanda tempat tutup dibunyikan), kamera saya secara tiba-tiba rosak dan ada garisan bewarna biru. Untuk mengenal pasti kerosakan tersebut, saya & krew tengok balik footage tersebut didepan bilik itu dan apa yang memelikkan memang ada garisan biru itu terakam sekali dan terlihat di dalam footage, yang peliknya garisan biru itu hilang selepas saya cuba untuk mulakan rakaman semula, selesai proses shooting saya tunjuk kepada En Johan (Pemilik Lily Petuna) dan krew2 yang lain, rupanya timbul beberapa rupa bentuk seperti sedang memandang kamera. Terdapat beberapa gambar dari rakaman video yang dikatakan rosak itu ada lihat dan nilaikannya sendiri.
Selesai saya berjalan mengelilingi kawasan Kellie’s Castle untuk mendapat info tentang Kellie’s Castle tersebut, dimana sesi pengambaran jenama Lily Petuna sedang dijalankan. Saya terserempak dengan salah seorang videographer bernama Azim Wahab, dia dengan keadaan kelam kabut dengan muka terkejut campur muka panic mengatakan dia telah mendapat sesuatu. Saya dengan pantas mengambil kamera tersebut dan terus tengok footage yang di maksudkan itu, waktu itu saya tengok hanya nampak gambar footage yang rosak berwarna biru.
Ini Video Biru Yang Di Rakam Oleh Videographer Lily Petuna :
Setelah kami semua pulang dari Kellie’s Castle, Perak, saya ingat kejadian pelik hanya berakhir di situ namun ada lagi kejadian aneh terjadi sehingga sampai ke rumah. Kisahnya begini pada malam itu saya balik dan terus tidur akibat terlalu letih dalam keadaan tidak mandi, dalam jam 2 pagi malam kejadian, tidur saya terganggu disebab anak saya meraung-raung secara tiba-tiba dan saya lihat anak saya berterusan pandang-pandang ke atas.
Secara automatis terus saya rasa meremang! dan dalam pada masa yang sama isteri saya pegi ke arah pintu dapur untuk keluar untuk membancuh susu buat anak yang menangis tadi. Tiba-tiba isteri terdengar seakan suara anak kecil gelak panjang, dia terfikir mungkin suara dari luar. Sebab saya tinggal di area i-city, kalau bising tu normal sebab ada theme park kawasan dekat bawah. tapi yang menghairankan sebab bila dia tengok jam dekat dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Dalam hati dia, “takkan ada budak lagi dekat bawah time macam ni dia terus meluru mendapatkan saya.
Kejadian Aneh Berlaku Di Bilik Bibik
Gambar Hiasan
Pukul 6 pagi kejadian aneh berlaku dekat bibik saya, dia ternampak sesuatu berwarna hitam keluar dari bilik saya. Malam tu saya, isteri dan anak keluar untuk berjumpa ustaz.Bibik saya ternampak lembaga berbulu depan pintu bilik saya, kukunya panjang. Ustaz tu cakap ada yg ikut saya, tapi tak tau dari mana. Sampai 3 hari isteri saya masih terdengar suara budak kecil.
Jom lihat sikit aksi-aksi krew Lily Petuna dari awal hingga akhir pergambaran.
Sedikit Sejarah Ringkas Mengenai Kellie’s Castle
Kellie’s Castle dibina oleh peladang berbangsa Scottish bernama William Kellie Smith yang berasal dari bandar kecil di Scotland. Dikatakan beliau membina bangunan ini sebagai tanda cinta beliau kepada isterinya, sama seperti Shah Jahan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz Mahal. Namun, kisah cinta antara dua insan ini sangat berbeza.
Pada tahun 1890, Kellie Smith yang baru berumur dua puluh tahun telah meninggalkan rumah beliau di Kellas untuk mencuba untuk mengubah nasib dan menambah kekayaan di Tanah Melayu. Tidak banyak maklumat yang diperoleh mengapa beliau memilih Tanah Melayu untuk tujuan itu. Namun begitu, beliau mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masyarakat yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mencuba beberapa bidang perniagaan dengan harapan untuk mencari bidang manakah yang betul-betul sesuai untuk beliau laksanakan sehingga berjaya, sehinggalah beliau berjumpa dengan pemilik ladang bernama Alma Baker.
Baker telah memperoleh beberapa projek daripada kerajaan untuk membina jalanraya di Hilir Perak dan berjaya mendapatkan konsesi daripada kerajaan negeri untuk membuka 360 hektar hutan di Perak. Kerjasama antara Baker dan Smith dalam projek-projek ini berjaya mendatangkan hasil yang lumayan. Smith mula terlibat dalam bidang perladangan pokok getah dan berkecimpung dalam industri perlombongan bijih timah.
Pada masa itu, beliau menjadi pemilik Kinta Kellas Estate untuk ladang getah dan Kinta Kellas Tin Dredging Company yang menguasahakan lombong-lombong bijih timah. Beliau kemudiannya membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak bagi beliau membina rumah di Batu Gajah. Melalui berbagai usaha perniagaan seperti mengusahakan ladang getah dan industri perlombongan bijih timah telah membuatkan kekayaan Smith semakin bertambah. Pada tahun 1903, beliau telah pulang ke Scotland untuk mengahwini kekasih hatinya Agnes. Beliau kemudian membawa isterinya ke Tanah Melayu dan beberapa tahun kemudian pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen.
Beliau sayangkan anak perempuan namun sangat ingin untuk mendapatkan anak lelaki sebagai pewaris empayar perniagaan yang beliau telah bina selama ini. Namun, nyata sukar bagi Agnes untuk memperoleh anak kedua. Hanya selepas sebelas tahun barulah Agnes mengandung semula. Pada tahun 1915, Agnestelah melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan sebagai Anthony. Sebagai meraikan kelahiran anak lelaki ini dan Smith mula merancang untuk membina sebuah rumah agam yang besar dan indah. Disebabkan minat beliau kepada negara India dan ajaran Hindu, beliau telah membawa ciri-ciri ini dalam seni bina untuk rumah barunya. Batu-bata dan kebanyakkan bahan bina telah diimport daripada India. Bahkan beliau membawa 70 pekerja mahir daripada Madras, Selatan India untuk pembinaan rumah agam tersebut.
Gambaran Spanish Flu |
Malangnya, beliau seperti terkena sumpahan. Pembinaan rumah agam yang menjadi keutamaan hidup beliau tidak berjaya mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana pada awal tahun 1920, ramai daripada pekerja kontrak telah menghidap penyakit Spanish Flu dan mati. Kemudian sebuah kuil sempena dewa Mariamman telah dibina dalam jarak 1500 meter daripada tapak rumah agam tersebut. Ada yang menyatakan bahawa Kellie membina kuil tersebut untuk melindungi mereka yang tinggal di tanah milik beliau. Ada pula yang berkata Kellie membina kuil tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Dewa Mariamman kerana mengurniakan anak lelaki kepada beliau.
Kuil yang dibina oleh Kellie masih lagi berfungsi sebagai pusat ajaran Hindu sehingga hari ini. Pembinaan Kellie’s Castle mencatatkan sejarah sebagai bangunan pertama di Tanah Melayu yang memiliki lif. Lif ini berfungsi daripada tingkat atas sehingga terowong bawah tanah di rumah agam tersebut. Beliau juga merancang untuk membina tapak tenis dalam bangunan. Kawasan atas bumbung pula dikhaskan untuk upacara keraian bersama usahawan atau orang-orang kenamaan. Walau bagaimanapun, Perang Dunia Pertama telah menambahkan lagi kelewatan proses pembinaan rumah agam tersebut dan akhirnya, Kellie’s Castle tidak berjaya disiapkan sehingga hari ini.
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)