Perkahwinan mana yang tak dilanda badai. Bergaduh antara pasangan merupakan perkara biasa. Bukanlah mencari salah siapa, namun sebagai contoh kalau setiap hari si isteri membentak, asyik marah-marah pada si suami sedangkan perkara kecil, pasti ada silapnya di mana-mana.
Perkongsian oleh Aisyah Huraiyah melalui laman facebook Pakar diari hati boleh dijadikan renungan buat semua. Mustajabnya doa seorang suami itu terhadap isterinya, namun ramai pasangan yang terlepas pandang akan hal ini.
Dari berfikir mengapalah isteri selalu sahaja buat perangai dan keras kepala, tanya semula diri anda wahai suami adalah anda selalu mendoakan isteri saban hari agar kelemahan dirinya dapat dibaiki?
Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
DOA SEORANG SUAMI
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat "perangai", asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri.
Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang "haalim" iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak. Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
Siakapkeli.my