Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Program #MRTNegaraku Dapat Sambutan Hangat, Pengamal Media Sosial Zahirkan Sifat Kecintaan Pada Negara

5 Apr 2018

Baru-baru ini, warga #MRTNegaraku telah melancarkan program MRT Negaraku bagi meraikan semangat cintakan negara. Program ini telah dijalankan di 3 stesen MRT, Stesen MRT Muzium Negara, Stesen Bukit Bintang dan Stesen Bandar Tun Razak Exchange 

Program ini berbentuk satu pertandingan Instagram Meet dimana peserta perlu mengambil gambar keunikan reka bentuk stesen tersebut atau gelagat serta telatah pengguna MRT yang ada di stesen ketika itu. Gambar paling menarik dan unik akan diumum sebagai pemenang. 

Pada 1 April 2018, jelajah #MRTNegaraku telah diteruskan di Stesen MRT Muzium Negara. Sambutan yang sangat luar biasa ditunjukkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pelancong asing huga turut memeriahkan suasana. Pengamal media sosial berbilang kaum dan bangsa turut berkumpul untuk menjayakan program MRT Negaraku. Perkara ini jelas membuktikan sifat kecintaan terhadap negara data ditunjukkan oleh anak-anak muda Malaysia.


Program MRT Negaraku ini adalah kesinambungan daripada inisiatif Negaraku awal tahun lalu yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan tujuan utama bagi membangkitkan rasa bangga terhadap negara dan memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan rakyat. Selain itu, dapat meningkatkan kestabilan nasional dan mewujudkan pelbagai peluang untuk masa hadapan.


Secara tidak langsung juga dapat mempromosi keunikan dan kehebatan infrastruktur Mass Rapid Transit (MRT) yang berkelas antarabangsa. Menambah menarik program ini adalah hail inisiatif komuniti digital negaraku dan promosinya juga dijalankan melalui platform digital yang telah berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan generasi digital. 

Pengamal media sosial yang hadir memulakan program ini di Stesen Muzium Negara dan telah mengambil beberapa kering foto di sekitar seni bina dalaman MRT. Mereka huga turut perlu mengambil kira daripada segi komposisi gambar, teknik pencahayaan dan juga refleksi untuk menarik minat penganjur untuk terpilih sebagai pemenang. Kemudian, mereka bergerak ke dalam Stesen Muzium Negara yang memperlihatkan seni bina yang menekankan konsep kenegaraan. Rukun Negara dan gambar Bapa Kemerdekaan jugo turut tersergam indah di dinding stesen ini.



Setelah selesai di Stesen Muzium Negara, program ini diteruskan di Stesen Bukit Bintang. Keunikan stesen ini adalah dindingnya diwarnakan dengan warna merah yang menjadi mercu tanda stesen MRT Bukit Bintang. Akhir sekali diakhiri dengan Stesen MRT Tun Razak Exchange. Seni bina di stesen ini lebih kepada simbol keislaman kerana Bandar Tun Razak Exchange bakal menjadi pusat global untuk kewangan Islam di Malaysia. 

Fokus utama program ini bagi memberi kesedaran kepada warga kota tentang keunikan dan kehebatan pengangkutan awam ini dan gambar-gambar yang telah diabadikan bakal menjadi bukti bahawa MRT Malaysia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengangkutan awam di bandar-bandar besar di dunia seperti Singapura dan Hong Kong. 

Program ini juga disokong penuh ole semua pihak yang terlibat dengan Stesen MRT termasuk Prasarana dan MRT Corporation. Untuk mengetahui tentang aktiviti seterusnya dan juga maklumat lanjut tentang inisiatif MRT Negaraku boleh terus layari  www.negaraku.com/pertandingan/MRTNegaraku




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  2. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "