Teruk Dikritik, Juri MasterChef UK Ubah Kenyataan Kata Rendang Zaleha Tidak Masak, Bukan Tidak Rangup
Sejak beberapa hari lepas, isu mengenai kritikan 'kurang bijak' dua juri MasterChef UK terhadap rendang yang disediakan oleh seorang perserta yang berasal dari Malaysia dalam rancangan realiti masakan tersebut adalah salah satu topik hangat yang disebut-sebut oleh rakyat Malaysia khususnya.
Malah, kritikan 'rendang kamu tak rangup' yang dibuat oleh Gregg Wallace bukan sahaja teruk diselar oleh netizen, tetapi turut menarik perhatian beberapa personaliti popular tanah air antaranya Chef Wan sendiri. Tidak kurang juga beberapa orang tokoh politik turut tidak ketinggalan mengemas kini Twitter masing-masing mengenai isu yang sama.
Yang diharapkan adalah permohonan maaf daripada kedua-dua orang juri tersebut kerana ramai yang menyifatkan mereka sebagai tidak peka dan sensitif dengan budaya masyarakat lain.
Namun kini, setelah teruk menerima kecaman, Wallace akhirnya tampil dalam rancangan Good Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi juri, John Torode bagi mempertahankan kritikan penuh kontroversi yang dibuat oleh mereka berdua hingga membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.
Ketika diterumah dalam rancangan tersebut, Gregg sempat menempelak kritikan yang dilemparkan dengan mengatakan bahawa peserta Malaysia, Zaleha Kadir Opin dihantar kerana dia bukanlah chef yang terbaik.
Malah Gregg juga cuba berdolak-dalik ketika pengacara, Kate Garraway meminta penjelasan mengenai kritikan tersebut dengan menukar kenyataan 'tidak rangupnya' kepada 'tidak masak'.
''Saya kata kulitnya tidak rangup, tetapi saya tidak bermaksud ia tidak rangup seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak masak. Ia memang tidak masak,'' dalih Gregg.
''Tapi kamu sebut 'rangup','' celah Kate kemudian.
''Biarlah. Yang terbaik pasti layak ke peringkat seterusnya,'' balas Gregg.
Malah, John juga turut tidak ketinggalan untuk mempertahan kritikan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.
''Saya pernah membuat program masakan di Malaysia dan makanan di Malaysia sememangnya hebat,'' kata John pula.
''Jadi kamu patut lebih tahu,'' sindir Kate pula.
''Ya saya tahu. Saya beritahu (Zaleha) ia tidak masak,'' balas John mempertahankan diri.
''Dia (Zaleha) tersingkir bukan disebabkan rendang ayamnya tidak rangup, tetapi kerana peserta yang lain lebih baik darinya,'' sampuk Gregg.
Berikutan kritikan demi kritikan yang diterima, British Broadcasting Corporation (BBC) selaku saluran yang menayangkan rancangan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan bagi mempertahankan kredibiliti kedua-dua juri mereka yang tercalar teruk.
''Gregg tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa hidangan tradisi tersebut sepatutnya dimasak rangup. Apa yang dimaksudkannya adalah dia tidak dapat menikmati keenakkan juadah yang dihidangkan,'' kata jurucakap tersebut.
Sumber : Express UK
"Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
BalasPadamwww.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
|| BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"
"Hayyy Guys...
BalasPadamSedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"