Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Berhenti Kerja Demi Anak, Tiada Sesalan Malah Allah Tambahkan Rezeki'', Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bahagia Menjadi Full Time 'Housewife'

20 Apr 2018

Menjadi seorang isteri dan ibu bukanlah tugas yang mudah. Tambahan lagi jika anda bekerja, nak menguruskan keluarga dan kerjaya, letih dibuatnya. Namun, itulah pengorbanan isteri demi membantu suami menyara keluarga.

Tetapi, melihat anak yang semakin membesar, sedangkan kita pula sibuk dengan kerjaya, pernahkah anda sebagai seorang ibu terlintas untuk berhenti kerja? Seperti apa yang dilakukan oleh ibu ini yang nekad mengorbankannya kerjayanya demi memberi fokus kepada anak-anak. Apa yang diperolehinya selepas itu lebih lagi, hanya percaya dengan rezeki Allah.

Semoga perkongsian dari Puan Surina Shahril Rayyan melalui laman facebooknya ini membawa manfaat. Walaubagaimana pun, berhenti bukan sekadar berhenti kosong ye, ada persediaan yang dibuat sebelum itu. Dah ready ke nak jadi full time 'housewife' ibu ibu semua?

Diam tak diam dah 6 bulan saya berhenti kerja.

Alhamdulillah selama 6 months berhenti tiada sesalan... walau penat berganda... tak tipu memang jujur kata duduk rumah penat berganda...

Ni punch card terakhir kat bank. Ramai cakap kagum tengok saya tak nangis masa last day and masa bagi ucapan... masa peluk kwn2 hehehe...


Jawapan saya. Buat apa nak menagis untuk sesuatu yang gembira? Saya gembira berhenti kerja demi anak. Di usia saya 32 tahun saya berhenti kerja... lambat laa tu kan..

Saya gembira sebab da lepas bebanan bila saya selalu EL anak sakit.. EL anak sakit ni tak semua faham... kdg2 depan kita je macam faham tapi belakang kita sebakul pulak kita dikeji... Ni nama dia politik kerja mana2 tempat ada.


Masa saya bekerja sebagai PA selama 5 tahun di bank walau kerja teruk cemana.. KPI kita tara tu ja.. C heheeeee... yee C.. tapi tu da memang lumrah memang C tu normal laaa tu... tapi perasaan tak dihargai tu tinggi...

Walau ramai yang dapat C and C tu normal laa kalau dapat tapi tetap ada beza antara A dan B betul kan?? Jadi perlu ke berkhidmat dekat tempat yang tak hargai kita sebagai kakitangan? Moral down membuatkan kita tak ikhlas bekerja tapi bulan2 kutip gaji heheh... So what for? resign jee laa jalan terbaik..

Lepas resign boleh fokus anak 100%. Sengek ke lepas resign? Jawapan saya, tak la.. saya makin senang lepas resign... Allah tarik tang sana Allah lebihkan tang sini... Allah tambah rezeki bisness saya semakin banyak customer.



Allah tambahkan rezeki saya anak2 sentiasa sihat. Jadi nikmat apa yang perlu didustakan? Sebab itu bila Allah tetapkan kita yakin jee dengan kuasa dia.. Duduk rumah ni memang takde kawan.

Duduk rumah ni kadang2 boring takde orang nak bersembang. Duduk rumah ni asyik melayan anak2 bergaduh... menangis.. berebut barang... menjerit tapi nikmat tu sekali ja.... benda ni kita tak boleh putar balik tahun depan...


Jika berkemampuan, jika ade rezeki lebih. Duduk la rumah jaga anak. Tapi cari jugak side income supaya kita senang hati duduk rumah.  Alhamdulillah saya sudah.. anda bila lagi?

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "