Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Abah Tak Sangka, Inilah Perjalanan Terakhir Adik Tinggalkan Abah'',Luahan Sayu Bapa Kanak-Kanak Meninggal Dipercayai Didera

20 Apr 2018

Kita sebenarnya sudah kerap kali mendengar mengenai kes dera hingga menyebabkan mangsa dera kehilangan nyawa. Kadang-kadang kita pun merasa sangat pelik kerana kebanyakkan mangsa dera ini didera oleh ahli keluarga sendiri, yang sepatutnya melindungi si kecil ini, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Nyawa hilang di tangan orang tersayang.

Baru-baru ini pun kita dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh seorang lelaki mengenai anaknya yang menjadi mangsa dera dipercayai oleh orang yang dikenalinya. Mangsa yang dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman selain tulang rusuknya turut patah hasil bedah siasat yang dibuat oleh hospital.

Jom kita ikuti luahan bapa mangsa dibawah, yang dimuat naik dalam beberapa siri kemas kini di laman facebooknya.

Dukacita di beritahu, anaknda saya Muhammad Rayyan Hidayat bin Hairil khan telah kembali ke Ramathullah pada pagi ini. Abah sayang anak abah, maafkan abah sayang. Last abah jumpa adik bulan lepas. Last adik nak jam abah beli. Tapi abah tak dan jumpa. Tak sangka adik pi tinggal abah dulu.


Abah tak sangka sayang. Inilah perjalanan terakhir adik tinggalkan abah. Belum puas abah nak jaga adik. Abah di uji dengan perpisahan. Abah tak dapat jumpa adik. Abah tak dapat dengar dah suara adik whatsapp abah "bila abah nak balik". Dari kecik abah sayang adik sampai besaq. Sampai bila-bila. Abah rindu nak cakap ngan adik. Sampai hati adik tinggal abah.

Dulu depa selalu tak bagi abah tengok adik. Tapi tak pa, lepas ni hari-hari abah boleh tengok adik kat kubur adik. Tak da sapa boleh halang dah abah tengok adik. Adik tunggu abah nanti taw. Abah harap anak abah di tempatkan di syurga. Adik tak penah buat abah marah. Adik selalu hepikan abah dengan telatah adik. Abah sayang adik sangat-sangat.

Abah tau adik sengsara. Sejak dari mula abah tinggal adik dulu abah selalu rsau keadaan adik. Hajat abah tak sampai bila abah hantaq jam robot yang adik nak tu depan-depan adik. Abah nak tengok reaksi adik bila dapat jam tu. La adik dah tinggalkan abah. Dengan sapa lagi abah nak whatsapp nak bercakap. Abah rindu suara adik.

Tinggal yang ni saja la kenangan yang ada. Adik selalu mesej abah malam-malam. Lepas kena blok, adik tak mesej dah abah. Adik selalu call abah guna whatsapp. Cerdik anak abah ni. Time abah duduk kat klinik gigi, adik rajin kol sampai nak jumpa doktor pun tak dan. Lepas ni tak da sapa dah nak whatsapp abah. Tanya abah sihat ka dak, abah buat apa. Tak dak dah.




Jenazah anak saya Muhammad Rayyan Hidayat di bawa ke Alor Setar untuk post mortem. In sha Allah petang or malam baru boleh selesai. Tolong doakan segala keadilan untuk anak saya.

Masih menanti keputusan anak syurga ku. Tunggu abah kat sana ya sayang.  Abah tau adik ada dekat-dekat sini. Abah teringin nak tengok adik senyum. Masih teringat lagi kata-kata "Yatt sayang abah". Sungguh sukar aku terima. Putera yang aku sayang terbujur kaku. Tak bernyawa. Tak aktif seperti biasa.

Hanya sebahgian dari kebahagiaan yang adik bagi pada abah. Walaupun abah belum puas nak jaga adik. Abah sayang adik sangat-sangat. Kalau boleh abah gantikan sengsara adik, Abah lakukan untuk anak abah. Abah tak kuat nak lalui semua ni. Abah gagal jadi abah yang baik. Abah harap adik tak marah abah. Abah tetap sayang anak-anak abah. Belum puas rasanya abah nak melihat senyuman, ketawa, mesej-mesej adik.



Itu saja kenangan yang abah ada. Abah harap ni semua satu mmpi. Tapi apakan daya, hanya tubuh kaku yang abah dapat. Kalau adik boleh dengar abah. Abah sayang adik.. Adik hadirlah dalam mimpi abah. Sebab abah tak puas lagi nak bersama adik.

Dari berdiri sampai terduduk dah. Bila la anak abah nak keluaq ni sayang. Abah dok tunggu adik ni sayang. Abah tak pi mana pun. Abah ada ja tunggu adik keluaq jumpa abah. Adik jangan p mana-mana abah ada tunggu kat luaq ni.


Dah dapat laporan. Ada organ yang rosak. Pendarahan dalaman. Tulang rusuk patah. Ya Allah kau masukkan lah mereka ni dalam neraka jahanam. Sesungguhnya mereka tak layak bergelar manusia. B*** s**** punya manusia. Maafkan abah adik. Sebab tak dapat lindungi adik. Maafkan abah.

Bapa mangsa turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat ke akaun facebooknya.



Sumber : Hans Van Dijk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "