Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kilang Kopi 'Campuran' Kena Serbu, Jual Kopi Dicampur Habuk Batu-Bata Dan Serbuk Bateri Terpakai

20 Apr 2018

Pihak berkuasa di Vietnam baru-baru ini telah menyerbu sebuah kilang pemprosesan serbuk kopi yang diusahakan oleh sebuah keluarga setelah mendapati bahawa produk serbuk kopi keluaran mereka dicampur dengan bahan-bahan asing berbahaya seperti bateri terpakai, sampah-sarap dan abu batu-bata.

Menurut laporan akhbar tempatan, Tuoi Tre pada Rabu, kilang tersebut dimiliki oleh Nguyen Thi Loas telah diserbu oleh pihak berkuasa tempatan dan pegawai pemeriksa makanan pada Isnin setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang curiga dengan aktiviti yang dilakukan di kawasan kilang tersebut.

Tuoi Tre Online

Laporan yang sama turut menyebut bahawa pihak berkuasa telah merampas sebanyak 12 tan serbuk kopi yang dicemari ketika serbuan. Manakala beberapa bahan campuran yang digunakan turut ditemui termasuk 35 kilogram (kg) serbuk hitam daripada bateri terpakai dan satu baldi cecair hitam seberat 10 kg.

Ketika disoal siasat, pemilik kilang tersebut memberitahu bahawa dia membeli biji kopi yang tidak dipakai daripada kilang lain dengan harga yang murah. Dia kemudian memberitahu biji kopi yang diproses dicampur dengan bahan-bahan lain seperti sampah-sarap dan abu batu-bata sebelum dibiarkan menjadi hitam.

Siasatan juga mendapati bahawa kilang tersebut sudah pun beroperasi buat sekian lamanya dan telah pun berjaya menjual sebanyak 3 tan kopi tersebut untuk tahun ini sahaja. Jenama produk tersebut bagaimanapun  tidak didedahkan.

Tuoi Tre Online

Professor Tran Hong Con, seorang ahli kimia daripada Universiti Kebangsaan Vietnam memberitahu bahawa bahan hitam yang ditemui di dalam bateri adalah bahan kimia bertoksik dikenali sebagai Mangan Dioksida.

Ujar beliau lagi, dengan hanya jumlah 0.5 miligram sahaja, Mangan Dioksida sudah cukup untuk menyebabkan manusia mengalami keracunan mangan.

Keracunan mangan ataupun Manganism, boleh menyebabkan kerosakkan pada otak dengan pendedahan secara berterusan. Keracunan tersebut mampu membuatkan manusia untuk berhalusinasi dan mati.



Sumber : The Straits Time Singapore
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "