Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Benarkah 4 Faktor Ini Memberi Impak Keatas Nilai Ijazah Yang Semakin Jatuh Di Malaysia?

26 Apr 2018
2 ulasan

Agak membimbangkan apabila ramai sebenarnya graduate tempatan masih tak dapat kerja.  Jangan cakap kerja yang diimpikan, kerja yang langsung tak berkaitan pun jauh panggang dari api.  Rasanya ramai sudah maklum tentang hal ini, mereka belajar demi segulung ijazah, tetapi zaman sekarang majikan lebih mementingkan pengalaman, ijazah seperti tiada nilai.

Dimanakah salahnya?

Tak semua dalam kalangan mereka berduit dan mampu menjalankan perniagaan sendiri.
Benarkah nilai ijazah semakin jatuh?

Baru-baru ni ada share statistik graduan di Malaysia, tetapi ianya berdasarkan tahun 2016 memandangkan masa tu data tahun 2017 masih belum keluar.

Rupa-rupanya entah bila data tahun 2017 sudah mula keluar.

Dan statistik yang dijumpai agak menyedihkan:

1) Hanya 3.4% daripada fresh grad (ijazah) yang mendapat gaji RM3,000 dan ke atas, berbanding 22.5% pada tahun 2016



2) Manakala yang dapat gaji RM1,500 ke bawah pula meningkat dari 26.7% kepada 35.2%

3) Peratusan fresh grad yang mendapat pekerjaan tetap (permanent) jatuh secara konsisten daripada 63.4% pada tahun 2006 kepada 54.2% pada tahun 2017


Ada beberapa punca kemungkinan yang kami bincangkan:

1) Lagging effect: tahun 2015 dan 2016 merupakan tahun ekonomi yang teruk. Kesannya dalam merangka bajet, syarikat mengurangkan peruntukan dalam mengambil pekerja baru, ini jelas berlaku di dalam syarikat-syarikat besar yang melaksanakan banyak pemotongan kos.



2) Sudah cukup pekerja muda: jika diperhatikan pada tahun 2015-2016 merupakan tahun yang paling seronok fresh grad (despite the bad economic condition, again lagging effect). Syarikat-syarikat besar ni ada bilangan yang terhad untuk pekerja muda. Maka kesannya, mereka sudah tidak begitu memerlukan pekerja muda

3) Cautious sentiment: Manusia ni tidak mudah lupa bila ianya melibatkan duit. Walaupun adanya syarikat yang menikmati tahun 2017 dengan baik, tetapi mereka masih berhati-hati dalam meningkatkan kos dengan mengambil lebih ramai pekerja. Keuntungan Petronas naik 94% tetapi dengarnya mereka masih tak ambil sangat pekerja baru

4) Kerajaan sendiri mengurangkan pengambilan fresh grad. Hanya 19.1% fresh grad yang mendapat kerja, bekerja dengan kerajaan pada tahun 2017, berbanding 23.7% pada tahun 2016


Kesannya, kerja itu ada. Tetapi fresh grad tahun 2017 terpaksa bertolak ansur dengan mengambil pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka.

Untuk menyelesaikannya? Samada fresh grad baru perlu mengalahkan kualiti senior-senior mereka, atau mereka sendiri perlu menjadi entrepreneur yang menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan. Dan of course peluang pekerjaan yang dihasilkan perlulah yang setaraf dengan degree. Terlalu ramai antara kita menawarkan fresh grad untuk membuat kerja salesman.

Bilangan Gen Y dan Millenials adalah ramai. As it is labour market will continue to be suppressed due to higher number of labours but limited high-quality job opportunities.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "