Mohamed Salah antara pemain bola sepak beragama Islam yang telah menjadi inspirasi bagi peminat kelab bola sepak, Liverpool. Kagum dengan kehebatan Salah, peminat Livepool telah menggubah lirik untuk lagu Good Enough yang pernah dipopularkan oleh Dodgy pada tahun 1996 kepada lirik yang cukup mendalam, khas buat Mohamed Salah.
Antara lirik yang sering dinyanyikan berbunyi, "jika dia cukup baik untukmu, dia cukup baik untukku. Jika dia menjaringkan beberapa gol lagi maka aku juga akan menjadi Muslim". Terbaru, pada 17 Mac 2018 lalu, Salah telah menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Watford, yang merupakan hatrik pertama untuk Liverpool. Dalam permainan ini, dia juga mencatat rekod menjaringkan 36 kali dalam musim pertamanya untuk Liverpool, dan juga menjadi penjaring gol utama di lima liga teratas di Eropah sekali gus memintas Lionel Messi dan penyerang Tottenham Barcelona, Harry Kane .
Peribadi yang dibawa Salah menjadi bualan ramai, antaranya ialah Mufti Wilayah Persekutuan kita, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Melalui perkongsian beliau dibawah, hujah yang digarap mengenai Salah turut membawa maksud tersirat agar kita sebagai umat Islam sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara seperti yang dilakukan oleh Mohamed Salah supaya menjadi contoh kepada umat lain.
Mari kita baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.
QALAM MUFTI #5 MOHAMED SALAH
1. Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bolasepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.
2. Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.
3. Namun, lirik lagu I"ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT. Melihat kepada latar belakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini.
4. Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.
5. Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
#YNWA
Facebook: http://facebook.com/drzulmuftiwp ; http://facebook.com/drzulkiflialbakri
Instagram: @drzulkifli.albakri
Twitter: drzul_albakri
Telegram: http://t.me/drzulalbakri
Ayo daftarkan diri Anda di Upd4te Bett1ng :)
BalasPadampin bbm 7ACD8560
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)