Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Syarikat Jualan Atas Talian Alibaba Dikecam Selepas Iklankan Produk Vitamin Dakwa Boleh Buat Ibu Hamil Anak Lelaki

1 Mei 2018

''Apa yang kamu akan buat jika sudah mempunyai anak perempuan? Amalkan Jianyunbao  untuk anak anda yang seterusnya''

Begitulah petikan iklan sebuah produk vitamin di China hingga memaksa syarikat jualan atas talian, Alibaba memohon maaf dan menarik balik iklan yang dinaikkan di platformnya.

Alibaba mendapat kecaman ramai netizen di negara Tembok Besar itu setelah membenarkan sebuah iklan yang mendakwa dapat membantu ibu bapa meningkatkan peluang mendapat anak lelaki.


Jianyunbao ataupun ''nutrisi alkali untuk kehamilan'' ini didakwa dapat meningkatkan pH ibu mengandung sekaligus meningkatkan peluang untuk mendapatkan anak lelaki.

Nutrisi tersebut yang didakwa dihasilkan daripada spirulina Australia, sejenis makanan super yang diperbuat daripada alga yang hidup di persekitaran hangat dan air tawar beralkali.

Malah, iklan tersebut turut menimbulkan kemarahan orang ramai apa menaikkan kapsyen berbunyi ''anak perempuan kurang bernilai berbanding anak lelaki''.

Isu jantina anak menjadi perkara yang sangat diambil berat oleh ibubapa-ibubapa di China selepas kerajaan negara tersebut memperkenalkan polisi satu keluarga satu anak sejak tahun 1970. Ia menyebabkan ibu bapa cenderung untuk memiliki anak lelaki yang di anggap boleh diharapkan.

Menurut laporan media yang dipetik daripada Kementerian Kesihatan China, doktor-doktor di negara tersebut telah melaksanakan sebanyak 336 juta kali proses pengguguran bayi yang tidak dimahukan oleh keluarga, 196 juta kali proses pemandulan dan 403 juta kali proses memasukkan alat intrauterine bagi menghalang kehamilan sejak tahun 1971.


Pakar perubatan di China turut mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan yang dibuat oleh produk vitamin tersebut hanyalah mitos dan langsung tiada bukti saintifik yang dapat menjelaskan bahawa pengambilan ubat-ubatan tertentu dapat mempengaruhi pH wanita.

Rakyat China sudah diketahui sejak berkurun lamanya untuk memiliki anak lelaki di atas faktor ekonomi seperti menjadi buruh di ladang.

Dengan polisi satu keluarga satu anak hanya tamat pada tahun 2016, kebanyakkan keluarga di China masih mahukan anak lelaki disebabkan faktor keturunan, manakala jika memiliki anak wanita, faktor keturunan akan hilang apabila mereka berkahwin.

Di penghujung tahun 2017, China mempunyai lebihan kaum lelaki sebanyak 32.66 juta orang berbanding kaum perempuan.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "