Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bayi Baru Lahir Tak Perlu Tempek Bedak Pun, Kulit Tu Sensitif", Ini Nasihat Para Ibu Jangan Ghairah Guna Produk Prihatin Keperluan Bayi

29 Apr 2018

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak.  Lagi-lagi kepada yang dah lama menanti kehadiran cahaya mata selepas bertahun-tahun.  Keterujaan untuk membesarkan bayi tersebut dilakukan dengan pelbagai persediaan seperti baju, set mandian serta penjagaan, bilik tidur yang lengkap dengan keperluannya, dan stroller canggih semata-mata untuk keselesaan bayi.

Sikap itu bagus namun, dengan lambakan pelbagai produk penjagaan bayi dipasaran, kita tak tahu yang mana satu sesuai untuk bayi tersebut.  Akibat terlalu ghairah mencuba, bayi pula yang menjadi mangsa.  Kalau boleh kita nak elakkan perkara yang mampu kita kawal.  Sebaik-baiknya kaji dulu kandungan produk mandian yang ingin digunakan, kenal pasti bahan-bahan yang terkandung didalamnya, dan kalau perlu, berjumpa dengan pakar perubatan untuk mengesahkan.  Tak salah kan?



Apa yang salah bila kita 'hentam kromo' main sapu atas badan anak sedangkan kita sedia maklum, kulit bayi baru lahir ini sensitif, dan memerlukan penjagaan yang rapi.  Oleh itu, perkongsian daripada Puan Rose Naz mengenai penggunaan sabun, barut, bedak dan minyak pada bayi baru lahir ini wajar dijadikan panduan supaya para ibu lebih berhati-hati dalam pemilihan setiap produk yang ingin digunakan.

Mari kita baca perkongsiannya seperti dibawah, semoga bermanfaat pada kita semua.

Assalamualaikum semua...
hari ni saya nak share sikit berkenaan dengan penggunaan sabun,barut,bedak powder dan minyak pada baby yang baru lahir.


Ibu2 sekelian..
sesetengah baby ni kulit diorang amat2lah sensitif tau... Masa baby baru lahir mmg baby akan ada kesan merah seperti ruam dan juga lebam. Itu mmg normal... tapi penggunaan sabun perlu di elakan dulu sbb ruam2 tu akan jadi lebih banyak. Setengah baby tu kulit tak sensitif tak pe, tapi kalau dh mula pakai sabun dan ruam makin banyak naik jadi hentikanlah dulu sebab kebarangkalian terjadinya septic spot tu adalah tinggi... Jadi tak perlulah ghairah sangat nak guna sabun masa awal2 ya. Ramai dah saya tengok ghairah sgt nak mandikan baby pakai sabun. Sabar dulu sampai tali pusat tu tanggal.... ha lepas tu gunalah sabun smpai kering sebotol..



Satu lagi pasal barut baby... tolonglah selagi tak tanggal tali pusat tu tak payahla ghairah nak barut baby tu sebab darah dan nanah akan melekat, pada kain barut tu.. bayangkan masa kita nak buka barut, pusat yg melekat kt kain tu ikut sekali masa kita buka.. bole tercabut tau tak....!! Saya bercakap melalui pengalaman sebab ramai ibu muda sekarang ni tak ada pengalaman dan lebih suka ikut cakap orang..satu lagi..bila dah berbarut tu tentulah akan berkuap dan berpeluh kt kawasan pusat baby tu.. rasa2 akan jadi apa?? Malaysia ni panas..... maka Infectionlah jawabnya.. kena pula kalau bby ada jaundice? Tak ke susah tu....
Tak perlu risau pasal masuk angin ke apa.. baby masuk angin ni pasal masalah penyusuan je bukan pasal tak berbarut ke apa.. kalau nak berbarut tunggulah smpai tali pusat tu tanggal pastu barutlah puas2 sampai esok pun xpe...



Satu lagi, baby baru lahir ni tak perlu nak tempek bedak powder kt badan ya sbb bahan dlm powder tu sndiri ada kandungan seperti mica,paraben dan lain2.. yang mana bole menyebabkan infeksi jangkitan pada kulit di sebabkan oleh kesan contaminate dan intolerance pd produk tertentu. tunggulah lepas baby sebulan dan imun dia dh kuat skit pastu tempeklah sampai putih..

Minyak telon juga tak semua brand dan teksturenya tu sesuai untuk baby.. ada kesan contaminated juga... pendek kata kulit baby ni sensitif..so hati2 memilih produk yg sesuai ya.



So sebelum nak guna apa2 produk kat baby tu tunggula lepas 16 hari or sebulan ya. Setiap baby ni tak sama so ikut pada ketahanan masing2..

Selalunya lepas berhenti je pengunaan sabun untuk beberapa hari kulit baby dah pun pulih...
Pusat pun kering cepat..

Kat bawah ni saya share gambar baby kesan2 daripada penggunaan sabun, powder dan minyak telon.

P/s Septic spot ni bole berjangkit kat ibu juga ya...


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "