Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Avengers: Infinity War Pecah Rekod Filem Dunia, Berjaya Raih Kutipan RM2.4 Bilion Seminggu

30 Apr 2018

Seperti yang dijangka, filem Avengers: Infinity War telah mendapat sambutan hangat pada hujung minggu pertama dengan jumlah kutipan sebanyak AS$630 (RM2.4 bilion) dan sekaligus mencatat pencapaian global tertinggi dalam sejarah perfileman.

Hanya selepas dua hari tayangannya, filem adaptasi komik Marvel ini telah mengutip $95 juta dengan Korea Selatan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak $11.4 juta, diikuti Australia $10 juta dan UK sebanyak $8.9 juta.  Malaysia pula telah menyumbang sebanyak $2.8 juta kepada kutipan tiket filem dalam masa dua hari sahaja.

Avengers: Infinity War kali ini menampilkan lebih 20 'superhero' yang telah diadaptasi komik terbesar Marvel dengan epik pertempuran besar dengan Thanos dan pengakhiran yang memberi impak kepada peminat tegar siri ini.

Pencapaian ini telah mendahului filem 'The Fate of the Furious,' sekuel kelapan siri aksi yang dibintangi Vin Diesel, Dwayne Johnson dan Michelle Rodriguez dengan kutipan sebanyak AS$530 juta (RM2 bilion) di seluruh dunia pada 2017.

Filem adaptasi Marvel ini turut memecahkan rekod pembukaan hujung minggu tertinggi di Amerika Utara dengan kutipan pecah panggung sebanyak AS$250 juta (RM978 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada sekali gus menewaskan filem 'The Force Awakes,' daripada siri saga 'Star Wars' dengan kutipan pembukaan hujung minggu sebanyak AS$248 juta (RM971 juta) pada 2015.

Siakapkeli.my

Sumber: Forbes, KakiMuvee
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di Upd4te Bett1ng :)
    pin bbm 7ACD8560

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "