Hidup di ibu kota Kuala Lumpur ini, tak sah kalau tak stress. Keluar rumah tengok jalan sesak pun dah stress, belum yang naik pengangkutan awam bersesak-sesak 'sardin' pun stress juga dan lagi stress sampai pejabat, kerja melambak tak pun kena hamun dengan majikan. Stressnya!
Belum cerita hal di rumah lagi tu, dengan anak-anak, suami, isteri, hal keluarga dan bermacam-macam perkara daripada kecil sehingga ke besar boleh membawa kepada stress. Adakah stress ini normal? Atau sebenarnya kita terlalu manja dengan hal-hal yang remeh sedangkan zaman dulu-dulu tengah berperang pun tok nenek kita keluar juga rumah sebab nak cari ubi kayu buat makan. Tak stress ke masa tu? Sekarang ni makanan bersepah-sepah, telefon je sampai depan rumah, nak stress lagi?
Pun begitu, jangan pandang rendah dengan stress (tekanan). Kuasa stress boleh menjejaskan kualiti hidup individu terbabit berserta orang disekeliling. Sebab tu orang kata, "hal kerja jangan dibawa balik rumah", takut nanti tekanan ditempat kerja, kena tempias anak-anak dan isteri. Dari segi saintifik stress atau tekanan adalah tindak balas emosi,fizikal dan mental akibat perubahan sesuatu keadaan. Stress juga boleh dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kemurungan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang daya cita atau semangat.
via GIPHY
Nak tau lebih dalam tentang stress ini? Kita dengar penjelasan daripada Doktor SazOne yang berkongsi sedikit penerangan berkaitan stress melalui laman Twitter miliknya. Semoga ilmu ini bermanfaat.
Stress ni pelik sikit. Kadangkala kita tak rasa stress tapi sebenarnya stress.— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Kita mungkin tak rasa stress kerana kita menafikan stress, tetapi orang nampak kita stress.
Kadangkala stress ni boleh manifestasi penyakit fizikal, mari saya ceritakan. Bebenang kesihatan #MedTweetMY
Baru-baru ni, saya jadi tuan rumah untuk satu acara peringkat kebangsaan. Bos-bos besar akan hadir.— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Dua hari sebelum acara, saya rasa sakit dibelakang kepala. Bila periksa, tekanan darah naik.
Masalahnya tidak tahu punca sakit kepala.
Biasa sakit kepala ni makan Panadol 2 biji sakit hilang. Masalahnya kali ini saya makan Panadol, sakit tu sentiasa ada dengan skor kesakitan 3/10.— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Sakit belakang kepala + tekanan darah melebihi normal = khuatir salur darah otak pecah (mungkin).
Tetapi sakit kepala tu tidaklah mengganggu kerja saya. Mulanya saya tidak rasa ia stress kerana selera makan bagus dan tidur malam lena.— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Kemudian acara yang saya aturkan itu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Sebaik sahaja acara habis. Bila bos-bos saya pulang tiba-tiba sakit kepala itu hilang sampailah ke hari ini.— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Saya hairan kerana pada fikiran saya merasakan tidaklah merasakan saya mengalami stress sehinggalah ......
Anak-anak buah saya kata muka saya ketatlah, muka tensionlah, muka takut nak tegurlah dan macam-macam lagi (ye, mereka ambil kesempatan mengutuk saya).— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Tekanan darah pun kembali normal.
Rupa-rupanya stress boleh berlaku subconsciously (di bawah sedar). Kita tidak rasa kita stress tetapi orang disekeliling kita nampak kita stress.— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Kesimpulan: stress juga boleh datang dalam bentuk penyakit fizikal (eg sakit kepala/tekanan darah naik).
Siakapkeli.myOleh kerana itu, saya pun mengambil kesempatan untuk bercuti sehari-dua di Pulau Pinang. 🤣— DrSazOne (@drwaque) April 21, 2018
Sekian. pic.twitter.com/2OEXQgM5tc
Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadam
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)