Akibat Bunuh Dan Campak Wartawan Dalam Laut, Pencipta Kapal Selam Dipenjara Seumur Hidup
COPENHAGEN: Seorang pencipta kapal selam di Denmark dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku mengerat mayat seorang wanita yang dibunuhnya sebelum dicampak ke dalam laut pada Ogos lepas.
"Berdasarkan semua bukti yang telah ditunjukkan, mahkamah memutuskan bahawa Madsen bersalah membunuh Kim Wall," jelas seorang hakim ketika membacakan keputusan kes itu di Mahkamah Bandaraya Copenhagen yang dipetik dari laporan portal Xinhua.
Ketika disoal siasat oleh pihak polis, Madsen menjelaskan bahawa Kim Wall yang juga seorang wartawan meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida beracun di dek kapal selam bernama UC3 yang dibina tertuduh sendiri.
Madsen juga dipercayai mengaku mengerat mayat Kim Wall selepas wanita itu ditugaskan untuk menemuramahnya berkaitan kapal selam yang dibinanya pada 10 Ogos tahun lalu sebelum kapal tersebut karam dan hanya Madsen berjaya diselamatkan pada keesokan harinya.
Tambah polis Copenhagen lagi, bahgaian kaki, tangan dan kepala Wall telah dibuang dengan sengaja sebelum tubuhnya di tenggelamkan di dasar lautan.
Sumber- Xinhua
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877