Walaubagaimana pun jalan hidup kita, bersyukurlah atas segala yang ditetapkan kerana ada hikmah di sebaliknya. Usahlah bertanya soalan sinis seperti “kenapa belum dapat anak lagi?”, terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Walaupun dengan nada bersahaja, soalan tersebut sudah tentu akan menyebabkan hati mereka terguris dalam senyum.
Coretan lelaki ini Khairul Hakimin Muhammad mungkin membawa sinar harapan kepada setiap pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Jangan pernah berhenti berusaha kerana rezeki Allah itu datang pada waktu dan keadaan yang tepat.
Pagi-pagi ini dapat berita dari kawan lama yang beliau baru dikurniakan anak. Rasa syahdu pula.
Beliau dan isteri menutup semua akaun sosial media selepas beberapa tahun berkahwin kerana tak tahan melihat wajah-wajah bayi yang dimuat naik. Kemudiannya juga mengundurkan diri dari kami (kawan-kawan) dan sentiasa beri alasan tak mahu berjumpa.
Kami faham yang beliau ada sedikit perasaan sedih apabila ditanya tentang anak. Peringkat awal berkahwin, perkara itu jadi bahan lawak lucah. Namun apabila sudah bertahun, ia tak lagi jadi jenaka. Ia sebuah keperitan yang ditanggung sesama suami isteri itu.
Jujurnya, isteri beliau 6 tahun lebih tua dari beliau. Dan ini adalah tahun ke-14 beliau melayari rumah tangga. Dapat seorang bayi lelaki awal subuh tadi, dan beliau mesej saya.
“Khairul, baby boy. Alhamdulillah. Penantian 14 tahun berakhir hari ini. Doakan baby dan isteri sihat.”
Bayangkan, beliau sebaya saya, 37 tahun. Isterinya 43 tahun. Saya terus telefon dia, dan kami bersembang tentang apa yang saya ceritakan tentang pesanan seorang ustaz semasa kami menunaikan umrah pada tahun 2011.
Ustaz itu cakap,
1. Sebelum berdoa nak meminta dari Allah, pastikan bertaubat dahulu. Sentiasa istighfar dan memohon dari Allah dihapuskan segala dosa, memohon keampunan sesungguhnya.
2. Sesudah itu, buat solat hajat sebanyak-banyaknya.
3. Dalam sujud yang terakhir, doa spesifik begini:
Ya Allah, kurniakan aku anak perempuan / anak lelaki yang boleh aku didik supaya menjadi anak yang soleh / solehah.
Tak disarankan berdoa Ya Allah kurniakan aku anak yang bijak, anak yang baik, anak yang soleh bla bla bla. Kena ingat, kita hamba yang banyak berdosa, untuk Allah beri semuanya dalam bentuk kesempurnaan, kena tanya diri semula.
Jadi minta sesuatu yang kita perlu, bukan kita mahu. Bab didikan, bijak dan pandai, kita yang kena didik. Tugas kita. Dalam doa, terus cakap nak anak apa, perempuan, lelaki semua cakap ja.
4. Banyak-banyak memberi. Sedekah, hadiah, kudrat tenaga. Ada orang datang ke meja jual, beli atau sumbang sedikit, nampak orang menadah tangan, beri, nampak tabung, isi.
5. Sola dhuha tak boleh tinggal. Itu punca berjumpanya kita kepada banyaknya pintu rezeki, juga rezeki dapat anak.
6. Berbuat baik dengan ibu bapa. Yang ini kena sampai ke tahap puaskan hati mereka. Bantu sedaya mungkin.
7. Beri nafkah kepada isteri walau dia bekerja walau dia berduit. Tak boleh banyak, beri sedikit. Itu adalah kunci kepada keberkatan rumah tangga.
Kami pun suami isteri berusaha ke arah ini sikit demi sikit. Takdir Allah, setahun selepas itu ‘Ain lahir. Dan kawan, rupa-rupanya kawan saya ini buat benda yang sama juga.
Beliau mulakan dengan pemergian ke Makkah hujung tahun 2016. Bersedekah sebanyaknya di sana, mula dengan memberi 1-2 riyal kepada pekerja dan teruskan hal itu di sini.
Disamping itu beliau berusaha menjalani rawatan dan sebagainya. Usaha tetap kena buat dan tak boleh berputus asa.
Katanya lagi tadi,
“betullah, kalau kita nak sesuatu dari Allah, kenalah beri sesuatu juga. Aku bagi RM25/bulan gaji aku pada badan-badan yang memerlukan. Serius rasa sedap dan puas. Dan akhirnya aku tak sedar pun benda itu berlaku. Hari ni dapat baby. Allah, syukurnya!
Betul weh, nak Allah pemurah kepada kita, kita dulu kena pemurah. Sekarang aku faham kenapa orang kaya semakin kaya, sebab depa ini suka memberi apa sahaja yang mereka ada.”
Huhu syahdu pula saya. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Dan berharap beliau kembali wujud di media sosial ini hihihi.
Alhamdulillah. Pagi jumaat yang menceriakan. Berita begini rasa macam nak sujud syukur ja kan. Huhu. Alhamdulillah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sukanya dapat baby.
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877