Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Penonton Tak Bertanggungjawab Buat Rakaman Dalam Panggung, GSC Cinema Luah Rasa Kecewa di Instagram

26 Apr 2018
2 ulasan


Semalam, filem yang sememangnya dinanti-nanti oleh orang ramai, Avengers: Infinity Wars, mula ditayangkan di negara ini.

Menurut pendapat-pendapat di media sosial, filem terbabit memang tidak mengecewakan. Tapi bagi yang sudah tengok, tolong, tolonglah jangan 'spoil'-kan filem ini ya.

Namun, disebalik kemeriahan sambutan filem itu, ada juga pihak yang tak bertanggungjawab membuat rakaman filem terbabit dalam panggung.

Akaun Instagram GSC Cinema meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini di media sosial.

"Berapa kali? Berapa kali perlu kami ingatkan kepada anda bahawa perbuatan merakam di dalam panggung adalah sesuatu salah?

"Kami dah (menyatakan perkara itu) di media sosial. Kami sudah buat video PSA. Malah, kami juga sudah letakkan notis besar di skrin sebelum filem bermula.

Sambung akaun itu lagi: "Sakit hati tengok ada orang macam ni cuba nak rosakkan industri filem. Kecewa. Bayangkanlah kalau di kemudian hari banyak filem tak masuk Malaysia. Sebab pembikin filem dah hilang kepercayaan terhadap kitorang. "

Luahan kekecewaan itu dibuat menerusi satu gambar berlatar belakangkan logo Avengers.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "