Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Wira Penyelamat' Dilaporkan Kritikal Di ICU Akibat Dipatuk Ular

13 Mac 2018
2 ulasan

Seorang anggota bomba yang amat dikenali ramai, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai Wira Penyelamat dilaporkan tidak sedarkan diri di wad rawatan rapi (ICU) Hopital Bentong selepas dia dilaporkan telah dipatuk ular tedung.

Berita dukacian berkenaan telah dimuatnaik di laman Friends of Bomba Malaysia, di mana laman itu memaklumkan Abu Zarin  masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan Hospital Bentong dan dikhabarkan dipindakan ke Hospital Temerloh.

“Marilah sama2 kita memanjatkan doa agar beliau selamat. Semoga diberikan kesembuhan untuknya..In Shaa Allah”, tulis laman berkenaan.


Beliau yang digelar "king" sering mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sebelum ini dikenali ramai selepas banyak video dan gambarnya menangkap ular dan bermain dengan ular menarik perhatian netizen sehingga beliau boleh dikategorikan sebagai selebriti media sosial.

Bakat yang ada itu memboleh beliau pernah menyertai pencarian bakat Asia’s Got Talent dan berjaya bertahan sehingga ke peringkat suku akhir.

 

Ini bukanlah kali pertama, di mana termasuk kali ia Abu Zarin telah sudah sembilan kali dipatuk ular dimana yang paling teruk ialah beliau koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung.

Apapun bersama-sama kita doakan semoga Abu Zarin cepat pulih dan dipermuadahkan segala urusan - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)fansbetting(dot)com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "