Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Panama Dance' Haram Kerana Bercampur Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram - Mufti Negeri Sembilan

13 Mac 2018

13 Mac - Baru-baru telah tular di laman sosial satu tarian yang dinamakan Tarian Panama atau Panama Dance. Lagu Panama yang dinyanyikan oleh Mateo berjaya mencuri hati pendengar di Malaysia dan menjadikan Panama Dance sebagai satu aktiviti yang kian tular.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, Tarian Panama atau Panama Dance menjadi kegilaan  masyarakat hari ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.

"Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.

“Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.


“Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah,”
katanya ketika dihubungi Utusan Online bagi mengulas isu Tarian Panama yang tular di laman sosial ketika ini.

Tarian ini bukan sahaja menjadi aktiviti kepada individu malah telah menular sehingga ke agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-oleh berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihati orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan trend terkini itu.

Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

“Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.

“Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan,”
katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)fansbetting(dot)com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "