10 Mac - Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan pertembungan antara dua seteru utama Liga Perdana Inggeris? Ya, benar. Ia perlawanan antara Manchester United menentang Liverpool yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam (Waktu Malaysia).
Dua bandar yang dipisahkan dengan jarak 56 kilometer sahaja, ditambah pula dengan hanya dibezakan denga hanya dua mata di kedudukan liag, sudah pasti perlawanan ini bakal menjadi tumpuan utama seluruh peminat bola sepak dunia.
Memetik laporan Sky Sport, dalam rekod, ini adalah pertembungan yang ke 170 untuk kedua-dua pasukan pada saingan Liga Inggeris (PL) dengan empat perlawanan terakir antara mereka berakhir dengan keputusan seri.
Pengendali The Red Devils, Jose Mourinho memberitahu, skuad The Reds menjaringkan banyak gol musim ini, namun kami (Manchester United) membuat mereka 'senyap' di Anfield.
“Hakikatnya kami akan bermain di laman sendiri, ia membawa maksud kami akan memiliki kelebihan untuk beraksi lebih baik. Kami akan buat pemain-pemain Liverpool ‘senyap’ dan pada masa sama mewujudkan kerisauan mereka terhadap kehebatan jentera serangan The Red Devils,” kata Mourinho.
Pengurus The Reds, Jurgen Klopp pula mengakui Liverpool sememangnya tidak memiliki kelebihan menjelang pertemuan dengan United malam ini.
“Tiada kelebihan. Manchester United sebuah pasukan berpengalaman dan hebat seperti apa yang kita saksikan malam tadi (aksi menentang Crystal Palace awal pagi Selasa lalu), mereka mampu melakukan jaringan lewat perlawanan. Jadi, saya tidak fikir mereka berasa gentar untuk menanti kunjungan Liverpool malam ini,” ujar Klopp.
Siakapkeli.my