Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Perempuan Tu Kata Nak Bawak Pergi Pemeriksaan Kesihatan," Dua Beradik Hilang Di Tadika, Didakwa Diculik Individu Yang Dikenali

10 Mac 2018

10 Mac - Dua beradik yang dilapor hilang awal pagi semalam dipercayai dilarikan oleh individu yang dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan, lapor Awani

Dua beradik berusia enam dan empat tahun itu dipercayai dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Ibu saudara kanak-kanak itu berkata Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa adiknya mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, dua beradik itu telah diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika bahawa dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saya dimaklumkan oleh salah seorang guru tadika berkenaan bahawa terdapat seorang wanita datang mengambil mereka kira-kira pukul 9 pagi dengan alasan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.

“Wanita itu memaklumkan bapa mereka tahu mengenai pemeriksaan kesihatan itu dan turut berjanji akan menghantar mereka pulang ke sekolah sebaik sahaja selesai pemeriksaan kesihatan kira-kira satu jam kemudian,”
katanya

Tambahnya, guru wanita tersebut turut memberitahu terdapat dua lelaki sedang menunggu di dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) berwarna putih. 

 Berita mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut tular di laman Facebook milik seorang wanita dipercayai ibu saudara mereka.
A post shared by ูƒู„ุซูˆู… ู…ุญู…ุฏ ุงุณู„ู… (@kals_al) on


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "