(Video) Elak Anak Lekat Dengan Gajet, 'Strider Bike', Basikal Tanpa Pedal Latih Keseimbangan Anak Diawal Usia 1 Tahun
Kemahiran berbasikal tidak asing bagi kita, sejak daripada kecil kebanyakkan daripada kita sudah diajar untuk menunggang basikal. Terjatuh hingga luka di kaki rasanya hal yang biasa dalam mempelajari menunggang basikal.
Selepas basikal biasa dengan pedal mengayuh, kini ada lagi satu basikal yang dipanggil sebagai "Strider" dimana membantu kanak-kanak berusia 18 bulan untuk belajar menunggang basikal roda dua. Basikal keseimbangan Strider memberi tumpuan kepada asas-asas pengimbangan, condong, stereng tanpa gangguan dan komplikasi pedal atau roda latihan.
Basikal keseimbangan Strider adalah basikal paling ringan dalam kategori mereka, mempunyai ketinggian kerusi paling rendah, serta telah diuji ke standard keselamatan yang paling ketat. Bingkai kaki yang utuh dengan komponen proprietari, dan keupayaan untuk mudah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak, Strider menjadi salah satu basikal yang memberi kemahiran menunggang sebelum menunggang basikal pedal tanpa roda latihan.
Perkongsian daripada Zakkirun Abdullah menceritakan pengalaman salah seorang rakannya yang menetap di Denmark telah didedahkan dengan penggunaan basikal Strider kepada kanak-kanak seawal usia satu tahun kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih selamat seperti tiada pedal, brek dan rantai. Mari baca perkongsiannya dibawah semoga ada diantara ibu bapa yang ingin mencuba kaedah ini untuk membantu mengajar anak anda dengan latihan keseimbangan.
Baru-baru ini kawan saya di Denmark kongsikan bahawa anak-anak seawal satu tahun setengah sudah dikenalkan dengan Strider bike di sana. Di Jepun pun sama dan Strider bike ini sangat famous. Strider bike ini sangat unik. Ia tiada paddle, tiada brek dan tiada rantai.
Mula2 saya pelik juga.. apa yg specialnya Strider bike ni. Dah la tiada paddle. Tayar penyokong kecik tepi tu pun takde. Macam mana nak bergerak. Confuse.
Baru saya faham. Untuk anak2 kecil menguasai kemahiran berbasikal ini, perkara paling asas adalah kebolehan mengimbang atau balance. Kalau tak boleh imbang, anak saya akan lambat naik basikal besar berpaddle. Kuncinya adalah balance.
Dengan balance bike, anak-anak kita akan dilatih keseimbangan mereka. Ia menguatkan otot kaki serta meningkat stamina mereka. Selain itu, Strider ini boleh dibawa ke pelbagai jenis permukaan rata, berumput dan bertanah.
Satu kajian di University of South Dakota, sekumpulan kanak2 yg dilatih dgn Strider bike didapati ada perubahan significant kpd skor kestabilan mereka apabila meniti di atas plat latih imbang berkomputer (Shim et. al, 2013). Anak2 ini mampu mengangkat kaki & meluncur dgn sangat yakin dalam tempoh yg singkat.
Anak2 kita dah tak perlu dah melekat dengan gajet-gajet ni. Paling menarik. Setiap bulan anak kita boleh join Strider Cup Malaysia atau PushBike tournament yg diadakan di seluruh negara. Di sini boleh gather semua rider2 strider bike dan masing2 boleh mengasah skill lumba2 ikut kategori umur 2-6 tahun. Anak2 selalu excited nak join.
Jemput tonton video pendek Strider di Jepun bersama anak-anak kita. Insya-Allah mesti happy menonton video ini.
Video yg kedua pun power jugak rider strider ni. Ending yg epik kot. Cuba fokus kpd rider helmet putih tu.
Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877