Bloomberg melaporkan, Uber akan menerima sekitar 25% ke 30% pegangan dalam Grab. Nilai ini dijangka mencecah USD6 bilion. Penggabungan ini dilihat terhasil selepas pelaburan Softbank Group dari Jepun di dalam Uber, yang turut sama melabur di dalam pesaing Uber seperti Grab, Didi Chuxing di China dan Ola di India.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan Grab, Anthony Tan, berkata, pengambilalihan itu menandakan permulaan era baru di mana penggabungan itu menyaksikan ia menjadi peneraju dalam platform dan kecekapan kos di rantau ini.
"Melalui penggabungan itu, Grab akan menjadi platform mudah alih atas talian ke luar talian (O2O) pertama di Asia Tenggara dan pemain utama dalam segmen penghantaran makanan."
Ia berikutan integrasi perniagaan Uber Eats dengan GrabFood yang dijangka berada di semua negara utama Asean menjelang separuh pertama 2018.
Selain itu, Grab sedia meningkatkan dan meluaskan tawaran dibawah Grab Financial termasuk pembayaran mudah alih, pembiayaan mikro, insurans dan perkhidmatan kewangan lalin bagi pelanggan yang kurang diberi perhatian, usahawan mikro dan perniagaan kecil di rantau Asia Tenggara.
Untuk meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877