Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Denda Berkelakuan Baik 5 Tahun Terbatal, Rozita Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

29 Mac 2018

29 Mac - Padah menimpa seorang suri rumah apabila dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bermula hari ini di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada pembantu rumahnya, dua tahun lalu, lapor Kosmo

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd. Majid Tun Hamzah memerintahkan hukuman tersebut selepas membenarkan permohonan semakan terhadap hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan.

Perintah hukuman terhadap Rozita Mohamad Ali, 44, itu seterusnya mengetepikan hukuman ditetapkan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar iaitu bon berkelakuan baik selama lima tahun dan membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selepas Rozita menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya, 15 Mac lalu.

BACA: Mengaku Bersalah Dera Orang Gaji Guna Pisau, Batang Mop Dan Besi 2 Tahun Lalu, Seorang Datin Terlepas Hukuman Penjara

Mengikut pertuduhan pilihan, Rozita didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang pengelap lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan asal bagi kes ini adalah cubaan membunuh Suyanti yang boleh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dalam prosiding itu berhujah, kes tersebut melibatkan kepentingan awam selain melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

"Indonesia negara sumber membekalkan tenaga asing (pembantu rumah) dengan kejadian malang ini sering berlaku.

"Banyak media Indonesia melaporkan dan ini boleh merenggangkan hubungan dua hala antara dua negara," jelasnya.

Pada prosiding berlangsung hampir 2 jam bermula pukul 9.05 pagi, Rozita diwakili Mohamad Hanif Khatri Abdulla, Dato Rosal Azimin, Yazer Azad dan Luqman Mazlan.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "