Stress merupakan perkara normal yang akan dihadapi oleh setiap orang tak kira muda atau tua. Kemuncaknya terjadi apabila keadaan tubuh kita sudah merasa sangat terbeban dengan pekerjaan atau keadaan yang ada. Tipulah kalau siapa yang tidak pernah mengalami tekanan dalam hidup kan?
Namun, pernahkah anda mendengar perkataan ''mummy meltdown''? Satu keadaan atau tekanan yang berlaku apabila seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu berhadapan dengan situasi yang melebihi tahap kesabaran dan kemampuannya. Menguruskan rumah tangga saban hari tanpa adanya privasi untuk diri sendiri, siapa sahaja yang tidak mengalami tekanan?
Perkongsian pengalaman oleh Nur Liyana Mohd Nazli di laman facebooknya ini diharap dapat membuka mata semua supaya tidak memandang remeh hal ini. Stress is real, bukan sesuatu yang dibuat atau dijangka.
Mari ikuti kisah ini seperti di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua terutamanya para suami agar lebih bertoleransi dan memahami keadaan isteri anda. Siapa tahu, ada tekanan yang jauh dipendam dalam hati wanita yang anda sayang.
MUMMY MELTDOWN
Kadang-kadang saya seperti tahu apa agaknya rasa sensory overwhelmed tu. Suatu hari, selepas sepanjang hari yang sangat sibuk, kepala terasa seperti hendak meletup. Saya dengar suara anak-anak bermain dan bunyi rancangan TV mereka seolah-olah lebih kuat daripada biasa. Bersahut-sahutan. Bingit!
Saya rasa lampu di rumah terlalu terang. Lalu saya masuk sendirian ke dalam bilik yang malap, cuba untuk bertenang. Tetapi badan terasa rimas dan panas walaupun kipas di pasang selaju mungkin. Tiba-tiba saya rasa tak selesa dalam tubuh sendiri. Rasa macam nak cabut kandungan yang memboyot.
"Kenapa ayang nampak penat?"
"Sebab saya memang penat!"
Suami hanya diam selepas itu. Dia sudah faham tanda-tanda saya stress. Semakin banyak dia bercakap, semakin buruk nanti keadaannya. Lalu dia bawa anak semua keluar dari rumah dan suruh saya berehat di bilik. Saya cuba tidur. Tetapi semua bunyi-bunyi bingit tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Saya tiba-tiba jadi benci pada semua orang di sekeliling saya. Saya rasa mereka hanya menyusahkan.
Masuk waktu maghrib saya bersiap untuk solat. Then the ultimate breakdown came. Saya menangis semahu-mahunya. Terketar-ketar tangan menahan. Suami tak berkata apa. Hanya duduk di sebelah, memeluk dan menggosok bahu untuk menenangkan. Anak-anak berdiri di depan. Tercengang-cengang melihat ibu menangis.
Suami minta saya solat dulu sambil dia menguruskan anak-anak. Selepas solat, entah bagaimana akhirnya saya berada di dalam kereta. Memandu tanpa arah entah ke mana. Saya pasang ayat al Quran dalam radio. Tapi air mata masih turun selaju-lajunya.
Saya memandu sehingga ke pantai. Tapi tak tergerak hati mahu turun. Akhirnya saya berhenti di kedai kopi. Saya minta secawan air lemon dan madu hangat. Saya hirup dengan tenang bersama sepotong kek carrot panas. Perlahan-lahan fikiran yang kusut kembali lurus. Saya hantar mesej kepada suami menyatakan saya di luar menenangkan diri. Sebentar lagi saya pulang. Suami kata ok.
Saya pulang apabila anak-anak semua sudah lena tidur. Suami masih di meja kerja menyiapkan tugasan pejabatnya yang masih belum selesai. Saya pandang mereka sayu. Tuhan sahaja yang tahu betapa sayangnya saya pada insan-insan ini.
Saya cuba membayangkan kalau suami masih belum pulang ketika saya hampir breakdown tadi. Pasti anak-anak yang akan menjadi mangsa. Tidak hairan apabila kita dengar kes ibu mendera anak. Apabila emosi tidak lagi mampu dikawal mengalahkan kewarasan.
Saya cuba membayangkan kalau suami juga berkeras tak mahu berkompromi. Dia juga kepenatan baru pulang dari kerja. Dengan sebahagian tugasan pejabat yang masih belum selesai. Pulang pula disambut isteri yang stress. Tidak hairan ada rumah tangga yang berantakan.
Stress sometimes get in your way. No matter how hard you try to remain calm and keep everything in order. Stress is real, bukan sesuatu yang dibuat-buat atau mengada-ngada. Ia kadang datang tanpa dijangka.
Ini bukan episod pertama 'mummy meltdown' saya. Entah yang ke berapa kali. Suatu hari, sewaktu lepas solat, selepas satu episod yang sama, suami genggam tangan dan berkata,
"Maaf ibu, ayah tak tau macam mana nak bantu ibu."
Acknowledgement.
That is all needed sometimes. Acknowledge yang bukan mudah menguruskan rumahtangga sendirian. Yang si isteri juga manusia biasa yang ada batas kemampuan dan kesabarannya. Memberikan sedikit waktu privasi walau hanya sejam dua. Untuk ibu rumahtangga meluruskan urat dan menjernihkan fikirannya. Kerana dia pasti akan kembali lebih bertenaga dan ceria.
Kita pun mak-mak, kalau perlu masa rehat perlu pandai minta. Hatta ultraman pun berkelip-kelip lampu di dadanya tanda habis tenaga. Beritahu pasangan apa yang kita rasa, ajarkan dia apa yang perlu dilakukannya. Bukan mengharapkan kuasa telepati semata. Lepas tu marahkan orang tak faham isi hati kita. Huhu!

agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877