"Sebelum Kita Mohon Lelaki Baik, Sudah Ada Wanita Yang Memohon Sejak Dari Dalam Rahim Lagi", Jangan Rebut Cinta Ibu, Bantu Suami Jaga Syurganya
Isteri harus taat pada suaminya, dan suami pula perlu taat pada isterinya. Ini kerana kebanyakkan kita mudah tersinggung apabila isu dosa dan pahala dimainkan. Lebih-lebih lagi kalau ianya berkait rapat dengan soal tanggungjawab lelaki sebagai suami.
Walaupun telah memiliki sendiri, namun tanggungjawab lelaki terhadap kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan. Terlalu tinggi nilai ibu didalam Islam. Tidak ada cara untuk kita membalasnya, Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa.
Oleh itu sebagai isteri, perlu diingatkan untuk sentiasa toleransi dalam isu ini. Suami juga perlu memberi kasih sayang sama rata terhadap ibu bapa mertua kerana taraf mereka sudah sama dengan ibu bapa sendiri.
Perkongsian daripada Felinna Nadea Ed Fattah berkongsi kepentingan seorang isteri memahami peranan seorang lelaki itu sebagai anak kepada kedua orang tuanya, suami kepada isteri serta ayah kepada anak-anaknya. Perlu untuk seorang isteri sentiasa bertolak ansur atau mengalah bila perlu. Mari baca perkongsian beliau sebagai panduan menjadi isteri solehah disisi suami dan bidadari di syurga Allah swt.
Di saat kita berdoa,
memohon kepada Allah agar didatangkan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami kita,
Allah tidak serta merta menurunkan suami kita dari langit begitu saja..
Tapi jauh sebelum kita memohon kehadirannya bagi kita, ada seorang wanita yg terlebih dulu memohon kehadirannya kepada Allah, dalam rahimnya.
Wanita itu, dgn segala susah payah mengandungkannya dan melahirkannya, penuh doa dan harapan terhadap keselamatan bayinya.
Wanita itu, bersabung nyawanya di bilik bersalin, demi kehidupan bayi yg dilahirkannya.
Wanita itu yg menyusuinya, memberikan siang dan malam waktunya utk merawat buah hatinya itu.
Mendidik dan mengasuhnya dengan mengorbankan semua yg dimilikinya.
Menghabiskan masa mudanya, untuk membesarkan anakanda, kerana begitu besar cintanya terhadap puteranya. Anak lelaki itu tumbuh menjadi seorang pemuda yang baik dan gagah.
Bayi yg telah dewasa itu adalah suami kita. Ternyata kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..
Dan kini…
Wanita itu telah menjadi seorang wanita tua. Tak ada yg dia harapkan selain cinta tulus dari puteranya. Setulus cinta wanita itu sepanjang hidupnya, semenjak mengandung dan membesarkannya hingga dewasa.
Maka...
Jgn rebut cinta suami kita dari ibunya. Biarkan dia mengisi satu tempat istimewa di hati suami kita. Satu sisi istimewa lain di hatinya pasti diperuntukkannya untuk kita.
Relakan suami berbagi cinta untuk kita dan ibunya. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita.. Mengalahlah, biarkan suami kita lebih mengutamakan kebahagiaan ibunya.
Hormatilah dia, muliakanlah dia, sebagaimana kita menghormati dan memuliakan ibu kita. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..
Bantulah suami kita utk berbakti kepada ibunya. Bantulah suami kita menjaga pintu syurgaNya. Nescaya kita akan mendapatkan tiga cinta sekaligus.
Cinta suami kita, cinta ibunya dan yang paling utama cinta Allah. Semoga pahala yg besar akan Allah berikan utk kita kerananya.. آمِينْ... آمِينْ... يَارَ بَّ الْعَالَمِينَ
Siakapkeli.my