Menurut kajian yang dijalankan, ia menunjukkan walaupun kanak-kanak ini masih belum memasuki era persekolahan seperti tadika atau pra-sekolah, mereka tetap ada asas menulis yang baik.
Permulaan yang baik ini penting dan memberi impak besar bagi perkembangan kemahiran menulis anak-anak untuk jangka masa panjang.
Perkongsian daripada Mahfuzah Zainol berkongsi teknik meningkatkan kemahiran motor anak anda dengan asas melukis bentuk seperti bulatan dan garisan. Kemahiran menulis adalah penting untuk anak-anak meningkatkan perkembangan minda dan mengurangkan bebanan kognitif (melibatkan aktiviti intelektual).
Jom kita lihat asas-asas menulis yang boleh dipraktikkan kepada anak-anak ini semoga memberi manfaat.
“Barisan dan bulatan. Mana satu pilihan anda?”
“Barisan dan bulatan. Mana satu pilihan anda?”
Okeh, tak payah pilih-pilih sangat ye. Kena buat dua-dua.
Untuk kemahiran pra menulis, ada 3 jenis barisan dan bulatan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak berumur 3 tahun.
Boleh lihat 3 contoh gambar dalam kotak merah.
Kalau kanak-kanak pada tahap menconteng sekalipun, ajarkan gerakan tangan mereka menjadi contengan barisan/garisan lurus dan bulatan.
Boleh buat lagu. Hujan rintik-rintik. Air dalam kolam. Ombak bulat-bulat. Lalalala
Selepas menguasai ketiga-tiga barisan dan bulatan tersebut. Baharulah boleh ajar menulis huruf-huruf ringkas seperti
“L O F T H E I”
Semua huruf besar dahulu. Dalam kemahiran menulis lebih sesuai ajar menulis dengan huruf besar dahulu.
Huruf kecil untuk membaca.
Nak ajar kemahiran menulis bukan perlu ikut buku kerja-tulis yang bermula daripada huruf A itu.
Mulakan menulis huruf yang mudah-mudah dahulu. Kurang stress. Sense of achievement juga tinggi. Hehehe.