Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Minta RM1 Nak Isi Minyak Motor, Rupa-Rupanya Ada Niat Lain, Lelaki Dedah Taktik Licik Peragut Di Bank

4 Mac 2018
4 ulasan

Jenayah ragut semakin menjadi-jadi di mana sahaja. Peragut akan mencari peluang untuk melakukan perbuatan jahat mereka walaupun di tempat awam. Sekiranya terleka, kita juga akan menjadi salah seorang dari mangsa peragut. Pentingnya sentiasa beringat bahawa lebih baik berhati-hati daripada berasa senang hati apabila berjalan di mana-mana.

Terbaru, perkongsian daripada Saufi Zulkifli yang tular di laman sosial facebook. Manakan tidak, dia didatangi lelaki yang mencurigakan semasa selesai mengeluarkan duit di bank. Kononnya mahu meminta RM1 kepadanya untuk mengisi minyak motor tetapi mujurlah dia bertindak bijak dengan tidak memberikan wang tersebut.

Tidak syak lagi, setelah tidak dapat wang yang diminta lelaki itu seakan berang dan kelihatan seorang lagi rakannya itu sudah menungu di hujung simpang. Bayangkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda mengeluarkan dompet untuk mengambil duit dan secara tiba-tiba diragut? Malang tidak berbau, pasti anda sudah menjadi mangsa mereka.

Untuk perkongsian yang lebih jelas, jom kita ikuti pengalaman Saufi seperti di bawah ini. Jenayah ada di mana-mana. Berhati-hatilah kepada wanita terutamanya kerana anda yang selalu menjadi sasaran peragut. Semoga bermanfaat.

BERHATI HATI KETIKA DI BANK

Sebentar tadi didatangi seorang lelaki yang mencurigakan ketika nak naik motor selepas selesai keluarkan duit di bank. Lelaki tersebut datang tiba tiba dan minta RM1 untuk isi minyak katanya tak cukup duit untuk balik. Ketika saya baru nak mengeluarkan duit, lelaki tersebut seperti ada menyeluk sesuatu perlahan lahan ke dalam beg silang hadapannya lantas saya membatalkan hasrat dan memberikan alasan tiada duit kecil.

Wajahnya berang namun terus berlalu pergi dan di hujung simpang kelihatan seorang rakannya di atas motosikal sedang memerhatikan situasi tersebut. Ketika saya uturn dan melihat kawasan tersebut, kedua dua lelaki tadi sudah tiada.

Antara kebarangkalian boleh berlaku adalah ketika kita leka nak mencari duit dalam wallet/bag,dia boleh merampas/menyerang kita dan terus berlari kepada kawannya yang berada di motosikal dan berlalu pergi.

Gambar Hiasan

Hati hati dan jangan terpengaruh dengan nada tutur lembutnya kerana itu saja cara untuk mendapatkan kepercayaan kita. Tujuan post ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita semua yang bahaya ada di mana mana dan kita perlu cakna/peka dengan sebarang kemungkinan.

Saya kongsikan tips keselamatan jika anda menghadapi situasi ini :

1) Berada pada jarak selamat dengan orang yang anda tidak kenali dan pegang bag/wallet anda dengan kuat.

2) Bagi alasan tiada duit kecil dan perlu tegas serta jangan lupa untuk lihat keadaan sekeliling agar anda bersedia dengan segala kemungkinan.

3) Jika keadaan semakin tegang,maka terus berlalu dari situ dan minta pertolongan,tinggalkan motosikal/kenderaan anda.

Kepada sesiapa yang merasakan post ni bermanfaat,maka kongsikanlah agar kita dapat bantu orang lain terutamanya kaum wanita yang sering jadi sasaran. Kepada yang rasa post ini cuma panik/paranoid.anda boleh abaikan cuma jangan menyesal jika ianya berlaku kepada diri sendiri atau saudara mara. Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, s4bung 4yam, T0gel, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "