5 Mac 2018, Kuala Lumpur dikejutkan dengan pokok besar yang tumbang betul-betul dihadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC Jalan Ampang dan telah menghempap dua orang awam pada jam 7.43 pagi tadi. Melalui Twitter @ITISDBKL, rentetan daripada kejadian itu, beberapa Jalan berhampiran antaranya, Ampang ke Jelatek serta sekitar kawasan Yap Kwan Seng mengalami kesesakan yang teruk.
Makluman pokok tumbang di hadapan KLCC Jalan Ampang. Pokok tersebut telah menghimpap orang awam. Polis Trafik dan Bomba di lokasi. Bantuan Unit Kecemasan DBKL menghala ke lokasi. #kltu pic.twitter.com/e7867YP3PH— ITIS DBKL (@ITISDBKL) March 4, 2018
— ITIS DBKL (@ITISDBKL) March 5, 2018Unit Kecemasan DBKL juga sedang menghala ke lokasi kejadian bagi memantau mangsa terlibat dan masih menunggu perkembangan baru mengenai keadaan dua orang mangsa tersebut yang dilaporkan cedera.
Sumber Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya kini berada di lokasi berkenaan bagi menangani isu berbangkit.
"Skuad Penyelamat Jawatankuasa Penilaian juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Laporan lanjut akan menyusul dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877