Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Baiknya Kau Kahwin Dengan Handphone Kalau Dah Tak Pandai Jaga Anak, Teguran Pedas Wanita Ini Buat Semua Suami Di Luar Sana

4 Mac 2018
3 ulasan

Pemandangan biasa yang boleh dilihat di pasaraya kanak-kanak berlari dan bermain sambil ibu bapa sibuk membeli barangan keperluan mereka. Yang tidak manis dilihat, bila si ayah tak lekang dengan handphone, tinggal lah si ibu terkial-kial menguruskan anak yang ramai seorang diri. Seakan realiti biasa yang boleh dilihat hari ini.
Perkongsian oleh Asmaliza Ismail di laman sosial facebook yang mendapat hampir 9 ribu share mungkin boleh dijadikan renungan buat ibu bapa di luar sana. Kasihan pada si isteri, hendak membeli pon tidak senang. Manakan tidak, sibuk menukar pakaian di fitting room, harapkan suami untuk jagakan anak sebentar tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Geram, kerana menurut Asmaliza suami wanita itu sibuk dengan handphone sahaja dan bersikap tidak acuh apabila ditegur. Terkejut si ibu, apabila rak pakaian yang tergantung jatuh kerana anak-anaknya bermain di situ. Si suami pula masih dengan sikap menyakitkan hatinya itu.

Jom kita ikuti perkongsian Asmaliza seperti di bawah ini. Semoga boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana. Janganlah terlalu sibuk dengan handphone hingga anak sendiri terabai.

RUNTUH

Dua bradik umur 5-3 tahun berlari-larian. Ibunya sedang fitting baju. Bapanya hanya duduk sibuk dgn handphone.

Rakan kerja aku tegur kanak2 tu agar jgn brmain di situ. Aku yg tengah busy wat keje pergi kat bapa mereka dan meminta dia tgk2 kan ank2nya. Bimbang railing besi tu jatuh kena kanak2 tu nanti. Si bapa acuh tak acuh panggil ank2nya agar duduk kt dia. Mata dia tak lekang dari hp, tgn laju menaip tah pe.

Aku hanya mampu menghitung dalam ati.. 1.. 2.. 3.. dannn railing baju jatuh 1 by 1 bagai bongkah domino yg best ujung skali patung wanita kami menyembah lantai, kepala tertanggal bergolek2..


Si ibu yg baru kuar dari fitting room terkejut. Berulang2 dia bertanya ank2 dia ke penyebabnya. Berulangkali gak dia minta maaf kt kami sambil kalut tolong kami kemas semula. Si bapa?? Menoleh sekilas dan kembali ke dunia hp nya.. wat a goshh!! Penyudahnya si ibu bwk ank2 masuk skali dlm fitting room nk tukar bju smula.

Bkn salah kanak2 tu.. kanak2 dunia mereka hanya bermain dan suma benda adalah permainan bg mereka. Yg tak leh blah si bapa.. apalah salah ketepikan hp dan tlg jgaa jap ank tu. Bini ko nk cari bju lawa2 bang, nk g knduri.. kang dia selekeh ko gak sibuk cari pompuan len yg lawooo!!

Andai td berlaku kecederaan pada knk2 tu sbb besi tu kompem kami yg disalahkn.. laju je jd viral. Padahal benda hal kecil nie boleh dielakkn.

Sumpah aku kesal dgn sikap mnusia yg busy hadap hp tak kira masa.. nyawa bukan leh topup2 oiii..

Ada baiknya ko kawen je dgn hp bang, nk mkn search pic food kt gugel pastu jilat skrin. Tak yah suruh bini masak. Nak ank tgk je pic baby kt gugel tu. Tak yah ajak bini wat anak.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, s4bung 4yam, T0gel, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "