Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Kejadian Powerbank Meletup, Kerajaan Indonesia Umum Larangan Penggunaan Powerbank Di Dalam Pesawat

13 Mac 2018

13 Mac - Perhatian kepada rakyat Malaysia yang sudah berkira-kira ingin melancong ke Indonesia, Kementerian Perhubungan Indonesia telah mengumumkan peraturan baharu berkaitan penggunaan powerbank di dalam pesawat iaitu hanya yang mempunyai kuasa 100 watt/jam ke bawah sahaja dibenarkan.

Agus Santosos selaku Pengarah penerbangan kementerian berkenaan, penumpang yang membawa membawa powerbank yang kuasanya lebih dari yang ditetapkan akan dirampas.

"Hanya peralatan dengan kuasa besar yang kami rampas, yang kecil dibenarkan penggunaannya dan peraturan baharu itu turut dilaksanakan dikebanyakan negara maju demi keselamatan penumpang," kata Agus dalam kenyataan akhbar sebagaimana dilaporkan Detik.com hari ini.


Tambah Agus, kerajaan Indonesia membuat peraturan baru ini berikutan kes powerbank yang meletup dalam sebuah pesawat di China baru-baru ini.

"Mencegah lebih baik. Surat pekeliling ini untuk mencegah agar kejadian tersebut tidak terjadi di Indonesia," ujarnya.

Sejak Jumaat lalu petugas penerbangan dikehendaki bertanya kepada penumpang ketika mereka mendaftar masuk dan bagi powerbank yang dibawa naik ke pesawat perlu dimatikan.

"Penumpang juga tidak dibenarkan mengecaj telefom bimbit menggunakan powerbank semasa di dalam penerbangan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)fansbetting(dot)com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "