Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apa Perlu Saya Lakukan? Isteri Saya Sedang Mengandung, Dia Akan Kelar Tangan Dan Cederakan Badan Sebab Tak Bagi Pergi Kerja,

13 Mac 2018

Pelbagai ragam atau alahan orang mengandung ini yang kadang-kadang rasa macam tak masuk akal, tapi begitulah karenahnya tak kiralah mengandung anak pertama, kedua atau yang kelima belas sekali pun pasti akan ada pe'el yang sedikit sebanyak memberikan kenangan manis dan pahit dalam menjalani hidup berumahtangga.

Turun naik mood orang mengandung sebenarnya sama seperti ketika datang haid.  Pada trimester pertama, orang mengandung sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon badan.  Pada trimester ketiga, mood orang mengandung ini mudah berubah disebabkan badan yang semakin letih membawa perut besar, nafas pendek, rasa cepat berpeluh, sakit belakang, kaki dan muka bengkak serta mula paranoid dengan proses bersalin.

Suami adalah orang yang paling dekat sebagai sistem sokongan dalam menenangkan isteri yang sedang sarat mengandung serta mengalami perubahan emosi naik dan turun.  Jangan biarkan mereka terlalu ikutkan perasaan dan sentiasa memantau tahap kesihatan isteri anda.  Paling penting, beri isteri anda makanan sihat, sentiasa tenang, tidak stress dan laluilah tempoh kehamilan dengan perasaan teruja dan menyeronokkan.

Gambar Hiasan


Perkongsian daripada seorang suami daripada page Info Ibu Hamil ini mendapat perhatian netizen kerana perubahan emosi isterinya terlalu teruk sehingga menyakiti tubuh badannya.  Suami ini berasa risau dengan karenah isteri yang mengelar tangan dengan tanda lebam tangan yang ketara kerana tidak sanggup berpisah dengan suaminya.  Perbuatan isterinya itu memanggil dirinya untuk berkongsi masalah didalam page tersebut dengan harapan mendapat jalan penyelesaian terhadap apa yang sedang dilalui.

Mari ikuti kisah suami ini, dan kami kongsi beberapa cadangan daripada netizen yang ingin membantu permasalahan yang sedang berlaku.

Salam. Sy pinjam jap fb adik. Mslh ni mgkn biasa bg org lain, tapi berat sgt bg sy. Baru2 ni balik dari keje masuk bilik terkejut sy tgk tangan bini berdarah, pisau ada sebelah bantal. Mengucap saya tgk! Sy cepat2 ambek pisau lipat tu sblm dia terjaga dari tidur. Terus sy gerak dia bangun, dia diam je tanpa jawab sepatah soalan yg sy tanya. Mata dia sembam sbb byk nanges kot. Dekat 1jam setgh sy pujuk dia, baru dia bersuara kata sy suka biarkan dia sorg2. Sy bukan sengaja nak balik lewat2 mlm, dah mmg itu keje sy cari duit lebih. Bukan selalu pun, jarang sekali sy nak balik lewat malam. Lebam tangan tu entah laa knpa, dia taknak ckp lgsg. Dah seminggu kesan lebam tu…



Sejak dia mengandung ni, perangai menjadi2 suka cederakan diri dia bila merajuk atau sy keluar keje. Setiap kali nak keluar keje mesti dia buat muka ckp “nak abg, nak abg”, kdg ada hari dia peluk sy kuat2 tak bg keluar g keje. Sy betul2 stress rasa nak mengamuk je, tapi bila sy berkeras suara nanti mesti dia menangis melalak. Apa dia nak semua sy penuhi asalkan dia senyum gembira. Dia nak makan itu ini, semua sy beli. Dia nak keluar jalan2, sy bawak jugak wlupun jauh. Sy paling tak suka dan tak senang hati bila dia diam, sy akan jadi stress sebab dia jenis byk mulut sentiasa bercerita apa pun, suka bergelak melawak dan usik sy tak kira waktu.

Keje uma mmg sy tak bagi dia buat lgsg. Klu sy tgh keje tak tenang asyik fikir dia, 2-3kali sy terpaksa balik uma tgk dia. Mmg dia akan senyum sampai telinga lari peluk sy yg peluh kotor ni. Sy tak boleh nak bawak dia g bengkel, bau minyak dan asap tak elok. Hari ni sy terpaksa tutup bengkel risau dia buat perangai lagi, smlm asyik menangis je kata sy tak hirau kat dia. Tahun ni dah brpa byk kali sy tutup bengkel sebab dia. Sy ni keje sendiri, bukan makan gaji. Sy dah terangkan bg dia faham, tapi bila dtg mood dia taknak faham lgsg tu susah laa sampai menangis2. Dah 2tahun kawen dan dia pun tahu sy keje mcm ni. Bila soal nak apa dan apa lagi sy tak tunaikan, jawapan dia hari2 sama “takde apa dah cuma ayg nak abg. nak abg, nak abg”. Suruh balik uma mak dia taknak. Adoii… Tolonglah puan2 nak buat mcm mana dgn bini sy ni?? Takkan seteruk ni pembawaan budak2?? Tak kerja, takde duit. Lg pula dia nak bersalin bulan Mei, byk duit nak guna pakai.


Beberapa komen daripada netizen:








Cara Mengatasi Perangai Orang Mengandung
  • Terima & Cuba Sesuaikan Diri
Belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan mood orang mengandung yang seperti roller coaster itu. Misalnya, kalau dia sedang marah-marah, senyum sahaja. Kalau dia tiba-tiba menangis, peluk dan sediakan tisu.
  • Berikan Sokongan
Misalnya, ketika wajahnya murung ketika menatap wajahnya di cermin katakan, “Tetap cantik. Selepas melahirkan, kulit wajah kamu pasti kembali cantik semula! ” Apabila orang mengandung mendapat sokongan dari orang di sekelilingnya,dia akan merasa bahagia, tenang dan membina persepsi positif tentang kehamilannya.
  • Tempat Mencurahkan Rahsia Hati
Jadikan anda tempat curahan hatinya. Emosi negatif yang dikatakan akan terasa sedikit ringan. Apabila isteri enggan mendedahkan perasaannya, luangkan masa untuk “memancingnya”. Misalnya, “Kalau dipendam nanti stress dan bayi kita tentu sedih.
  • Peka Pada Perasaannya
Jangan bergurau. Misalnya, mengatakan dia gemuk. Si isteri akan cepat sensitif.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)fansbetting(dot)com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "