Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Doktor Suruh Bawa Anak Pulang Dan Penuhi Apa Sahaja Permintaan Hari Terakhirnya'', Luahan Bapa Anak Disahkan ''Brain Tumor''

13 Mac 2018
2 ulasan

Kisah ini pasti mampu membuat sesiapa pun mengalirkan air mata. Bayangkan anak yang anda sayangi secara tiba-tiba disahkan menghadapi satu penyakit kronik dengan jangka hayat lebih kurang setahun. Tiada tanda, semuanya berlaku secara drastik.

Anak yang sihat berlari-lari, kini menuggu hari-hari terakhirnya. Hanya keajaiban daripada Allah mampu menyembuhkan. Bagaimana hati anda sebagai ibu bapa? Tanyalah siapa pun, pasti remuk dan hancur. Dunia seakan gelap dengan ujian ini. Hanya yang tabah mampu bertahan.

''Anakku Brain Tumor'', kisah yang akan menjentik hati setiap dari kita. Perkongsian oleh bapa ini Mohd Nazri Mansor yang tular di laman sosial, mungkin boleh dijadikan renungan setiap dari kita bahawa ujian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Anaknya disahkan menghadapi kanser otak setelah dibawa untuk pemeriksaan kerana kerap kali jatuh apabila berjalan. Lebih hiba, kanser itu sudah berada di tahap akhir, dan doktor tidak lagi meletakkan apa-apa harapan. Hanya minta dibawa pulang, dan penuhi sajalah permintaan hari-hari terakhir anak itu. Sedih dan pilu.

Mari kita ikuti kisah bapa ini. Hanya yang kuat sahaja akan diuji.

ANAKKU BRAIN TUMOR

(Kronologi penyakit anakanda syamil dan keadaannya terkini)

Rata2 yang datang melawat Syamil, pasti bertanya... Mcm mana permulaan penyakit dia. Mudah-mudahan info ini dapat dijadikan pedoman buat pembaca sekalian.

Sungguh, penyakit dia berlaku terlalu drastik, hingga kami tidak menyedari akannya. Tiada tanda2 awal yg betul2 membuat kami curiga dan buat rawatan. Sehingga, kami dimarahi doktor. Katanya, kenapa baru bawa mari hospital?. Masa tu saya amat2 tersinggung dengan kata2nya, seolah2 saya saje2 membiarkan anak yg sakit.

Darah sy meluap,.. Bayangkan...dikala kita betul2 berserabut memikirkan nasib Syamil, dia pula memerli tak habis2. Dikala sy telah siap utk membalas kemarahan itu dengan makian, nasib baik sy tersedar.... Yang saya sedang diuji. DIA memerhati tindak tanduk saya setelah diuji. Astagfirullahal aziiim. Sy beristighfar.


Ceritanyaa...

a) 20hb 11.2017, Isteri sy konvo master UUM. Kami sekeluarga berangkat ke Kedah, ditemani adik ipar dan juga mertua. Waktu inilah sedikit perubahan tingkah laku syamil bermula. Dia jadi sensitif, mudah menangis, walaupun benda kecil sahaja.

b) Ada beberapa kali, syamil menangis dalam biliknya. Sy pun pergi bertanya. Katanya dia tidak boleh pecat baju. Sy memarahinya....

“abang nih, pecat baju x boleh pun nak menangis jugak ke? Kalau xboleh sangat cakap je lah... xpayah nak menangis2 mcm budak” Sy membebel, sbb masa tu sy ada urusan penting, tetiba diganggu dgn tangisan dia. Itupun kerana tak boleh buang baju je, memang sy angin masa tu.

Tetapi kini, bila sy terkenang saat itu sekarang,sy menitiskan airmata. Ya Allah... mungkin masa itu tangannya sudah beransur lemah. Tetapi sy terus memarahi dia tanpa mengetahui sebab yang sebenar.


c) Waktu ini, kelihatan juga dia jarang menggunakan tangan kirinya. Tangan kirinya masih berfungsi tetapi mungkin sedikit lemah. Saya kata mungkin sebab masa ni saya tak de syak ape2. Cuma bila dah tahu penyakit dia sekarang, baru kita fikir balik...ooo patutla mcm ni...patutla mcm tuu...

d) 23hb 11 2017. Kami sekeluarga berangkat ke Australia melawat kakak ipar saya. Masa ni pun Syamil masih aktif. Kami ke sana ke sini tanpa ada apa2 yg membuatkan kami risau tentang dia. Saya begitu teruja kerana dia sangat hepi ketika di sana, naik kapal terbang, satu pengalaman yg baru buat dia dan anak2 yg lain.Syukur. Mungkin ini percutian terakhir kami bersama.

e) Lebih kurang 2 minggu di Oversea kami pun pulang ke tanahair. Sewaktu naik flight Syamil kelihatan sedikit ketakutan, tidak seperti naik flight sewaktu datang. Kemudian, dia menekup kedua telinganya dan menangis. Adakalanya dia pegang botol air dan jatuh.

f) Sekali lagi sy memarahinya....Allahu...banyaknya dosa sy kpd dia... Ampunkan abi ya nak! Saya kata kat dia... “Abang ni....tengok adik wardah..ima.. xnangis pun... abang tu dah besar” Akhirnya, kami tiba dengan selamat. Waktu ini Syamil masih lagi ok.

g) Kemudian, lebih kurang seminggu slps itu, kami perhatikan cara dia berjalan mcm lain. Kami pelik. Last2 dia kerap kali jatuh. Sekali dua kami xhirau lagi. Bila dah byk kali kami dah rasa mcm ada sesuatu yg x kena pada dia.

h) Kemudian isteri saya ingin menguji dia. Dipanggilnya Syamil dan disuruh menulis beberapa patah perkataan. ALANGKAH TERKEJUTNYA kami..... masa tu Tuhan shj yg tahu perasaan ini melihat tulisannya amat hodoh sekali mcm budak baru belajar menulis. Barulah kami sedar, Syamil dlm MASAALAH BESAR.

i) 24.12.2017 kami terus bawa dia jumpa dengan pakar kanak2 di KTS. Sy ingat lagi masa tu hari jumaat. Sy bgtau ejen insuran Syamil supaya aturkan juga hari tu sbb sy amat2 bimbangkan keadaannya.

j) Setelah diteliti oleh Doktor pakar kanak2, anakanda Syamil menjurus ke Strok, ada MASAALAH dlm kepala dia. Utk betul2 pastikan penyakit dia, dia menyarankan sy pergi buat scan di HRPZ. Masa tu dunia ni dah rasa GELAP.

k) Setelah dibuat scan, ternyata anakanda Syamil mengalami Kanser Otak di bahagian Brainstem, lokasi yang paling bahaya. Dengan itu, Doktor tidak meletakkan apa2 harapan buat Syamil. Ada doktor memberitahu jangka hayatnya mungkin satu hingga dua tahun. Seorang lagi doktor pula menjangkakan hanya 3atau empat BULAN shj. Dia mencadangkan sy bawa balik syamil dan penuhi permintaan ‘di hari2 terakhirnya’.

l) Saya tidak menyalahkan doktor, malah berterima kasih kerana berterus terang. Oleh kerana harapannya agak tipis, jadi kami ambil keputusan untuk tidak buat kimo. Kami tidak mahu lagi melihat dia makin tersiksa. Sekiranya harapannya masih lagi 50-50, sudah pasti, walaupun perit mata memandang, kami buat juga kimo tu. Tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.

m) 17.01.2018 kami pun bawa Syamil pulang dengan mengharap akan berlaku keajaiaban dan kami tetap REDHA apa jua ketentuan Ilahi. Sampai sekarang kami berada di rumah Kg Banggol, berubat secara tradisional dgn dibantu ubat2 luar.


n)Secara ringkasnya, ada 3 tanda sebelum dapat dipastikan penyakit syamil. Pertama, tangan lemah,,, Kedua berjalan tidak stabil, Ketiga , tulisan jadi hodoh. Tanda pertama 20.11.2017, tanda kedua dan ketiga 24.12.2017. Lebih kurang sebulan je daripada tanda pertama. Tanda pertama saya langsung tidak menyedarinya...

o) Bayangkan kalau sy bawa ke hospital(ketika tanda pertama) sbg mana yg dibebel oleh doktor, apa sy nak bagitau kpd doktor dlm keadaan sy tidak syak apa2 yg berlaku pada dia. Takkanlah...bila doktor tanya, anak awak sakit ape? Sy pun jawab- anak sy x sakit ape2,cuma dia xdapat buang baju, kemudian dia menangis. Realitinya memang dia tak sakit bila sy tanya. tangan dia pun masih boleh bergerak ketika itu. Agak2 apa doktor nnak cakap???? Inilah yg sy geram bila doktor memerli sy ketika itu seolah2 sy lambat bawa jumpa doktor.. Padahal masa tanda kedua dan ketiga itu memang sy dengan segera bawa dia ke Doktor Pakar.

n) Keadaan terkini Syamil............................bersambung


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)fansbetting(dot)com

    BalasPadam
  2. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "