Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kebanjiran Pengunjung Yang Tak Terkawal, Boracay Jadi 'Mangsa' Salah Satu Pulau Yang Bakal Ditutup Untuk Pelancong

29 Mac 2018

29 Mac - Berikutan mahu melindungi ekosistem daripada suhu laut yang semakin panas dan jumlah pengunjung yang tidak terkawal, banyak pulau-pulau sekitar Asia Tenggara akan ditutup atau menghadkan kedatangan pelancong, lapor Bloomberg

Perkara ini juga dikatakan akan menjejaskan pendapatan negara daripada sektor pelancongan dan juga menjejaskan puluhan ribu pekerjaan.

Di Thailand, mereka akan menutup Pulau May Bay, pulau yang terkenal slepas menjadi lokasi pengambaran filem The Beach yang dibintangi Leonardo DiCaprio selama empat bulan dalam masa setahun bermula Jun.

Kerajaan Filipina pula berhasrat untuk menutup Pulau Boracay selama enam bulan bermula April tahun ini.

“Pulau-pulau ini mempunyai ekosistem yang mudah terjejas dan tidak mampu menerima terlalu ramai orang, pencemaran daripada bot-bot serta hotel di hadapan pantai.

“Terumbu karang terjejas akibat suhu laut yang semakin panas dan padat dengan pengunjung.

“Kadang-kadang, penutupan sepenuhnya adalah satu-satunya cara untuk memulihkan alam semulajadi,” kata pakar marin, Thon Thamrongnawasawat di Bangkok.


Lebih tiga suku terumbu karang di Thailand telah dirosakkan oleh peningkatan suhu laut dan pelancongan yang tidak terkawal, kata Thon yang sebelum ini pernah mencadangkan supaya pengunjung ke 22 taman laut di Thailand dihadkan kepada enam juta setahun bagi membolehkan pemulihan semula. Ketika ini jumlahnya adalah kira-kira 5.5 juta, katanya.

Thailand telah menutup belasan kawasan menyelam daripada dikunjungi pelancong pada 2011 selepas berlakunya peningkatan suhu laut yang luar biasa dan telah menyebabkan kerosakan teruk terumbu karang di Laut Andaman, salah satu kawasan selaman skuba paling terkenal di dunia.

Ia turut menutup beberapa pulau pada 2016.

Negara yang kaya dengan pantai yang cantik itu memperoleh pendapatan kira-kira 12 peratus hasil daripadaa sektor pelancongan.


Kerajaan menjangkakan 38 juta pelancong bakal melawat negara itu pada tahun ini.

Di Filipina yang merupakan antara kawasan yang sangat terkesan akibat perubahan iklim menyaksikan kira-kira dua juta pelancong telah melawat pulau Boracay pada tahun lalu.

Dalam lawatannya bulan lalu, Presiden Rodrigo Duterte memanggil pulau tersebut sebagai tempat pembuangan sampah kerana bahan buangan disalurkan terus ke laut.

Beliau turut memberi amaran pencemaran alam sekitar yang teruk bakal berlaku apabila bangunan-bangunan dibina terlalu hampir dengan pantai.

Agensi-agensi kerajaan diminta supaya menutup pulau berkenaan selama enam bulan untuk membetulkan masalah tersebut.

Bagaimanapun, ia akan menjejaskan lebih 36,000 pekerja, kata pengendali pelancongan.

“Kami sokong cadangan kerajaan yang mahu melaksanakan amalan pelancongan yang bertanggung jawab dan lestari namun bukan dengan menutup keseluruhan pulau,” kata Persatuan Agensi Pelancongan Filipina. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "