Diserang Teruk Selepas Selebriti Tersalah Fakta Dakwa Bayi Boleh Ambil Suplement, Akhirnya Pemilik Chew N' Glow Tampil Beri Penjelasan
Beberapa bulan lalu panas di laman sosial kisah sebuah syarikat kecantikan terkenal yang berasaskan produk suplement teruk diserang oleh netizen selepas seorang artis terkenal yang membuat Insta review mereka menyatakan produk berkenaan boleh dimakan oleh bayi berumur 0 hingga 6 bulan.
Kenyataan itu menimbulkan sedikit rasa marah dikalangan ramai orang termasuk beberapa orang pengamal perubatan kerana bagi mereka kanak-kanak tidak boleh memakan apa-apa produk kecuali atas saranan doktor.
Namun pihak Chew And Glow (CnG) dilihat mengambil langkah berdiam diri mungkin bagi meredakan keadaan, dan akhirnya segalanya terjawab hari ini selepas pemilik CnG telah tampil membuat kenyataan dan menerangkan salah faham yang terjadi.
Menurut kenyataan yang dimuatnaik ke laman CnG, semua yang berlaku adalah salah faham dan salah fakta yang terjadi antara artis yang membuat insta review berkenaan sehingga menjadi satu isu nasional.
Berdasarkan kenyataan media mereka, artis berkenaan telah tersalah fakta menyatakan bayi berumur 0 hingga 6 bulan boleh menggunakan produk mereka, namun fakta sebenarnya adalah bayi dibawah satu tahun tidak disarankan langsung untuk diberikan CnG, tetapi mereka boleh mendapat manfaat CnG daripada ibu menyusu yang menggunakan produk berkenaan.
"Chew N' Glow ingin menegaskan kami tidak mengesyorkan penggunaan produk kami di bawah umur 12 bulan."
"Kami ingin menjelasakan bahawa khasiat Chew n' Glow kepada bayi yang mengalami masalah Ekzema adalah hanya melalui susu ibu mereka, bukan dengan pengambilan terus kepada bayi," tegas mereka.
Selain pencerahan dan penafian itu, pihak CnG menegaskan produk mereka itu telah mendapat klasifikasi dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2012 lagi sebagai produk bukan ubat dan tidak dikawal oleh biroklassifiaksi Farmaceutikal KKM.
"Sekiranya kesalahan itu datang daripada pihak CnG, sudah pasti KKM sudah mengambil tindakan dan menyaman pemilik syarikat, akan tetapi ia tidak berlaku kerana kenyataan itu bukan disediakan oleh pihak CnG."
"CnG merupakan pemegang status halal sejak 2013 lagi, jika sesuatu produk tidak mempunyai sijil KKM yang sah, pihak Jakim tidak akan melayan sebarang permohonan sekiranya Produk tidak mendapat kelulusan dari KKM," jelas mereka.
Berikut adalah penjelasan penuh daripada pihak CnG berkaitan isu ini, semoga semua netizen jelas sebenarnya apa yang terjadi.
Jadi semuanya sudah terjawab dengan penjelasan ini. - Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)