Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Nak Pakej Murah, Kena Rajin Survey," 10 Tips Ini Boleh Bantu, Bila Anda Selamat Mendarat Di Krabi

13 Mac 2018

10 Mac - Pernah ke Krabi? Atau dah merancang untuk ke Krabi tahun ini? Tak kisah apa pun perancangan anda yang penting adalah bagaimana anda menguruskan percutian anda.

Wanita ini kongsikan 10 tips penting untuk anda melancong ke Krabi. Menurut Izzati Yusuf, beliau melancong ke Krabi pada bulan Oktober dan kalau mengikut apa yang kita belajar masa geografi dulu, bulan Oktober ialah musim yang banyak  hujan kerana pertukaran angin monsoon.

Tentang Visa pula, untuk pelancong yang hanya membuat short vacation tak perlu untuk memohon visa cuma anda perlu mendapatkan Visa On Arrival setelah tiba di lapangan terbang nanti.

Jom ikuti perkongsian Izzati tentang 10 tips untuk melancong ke Krabi. Semoga bermanfaat.

1. When to go?

Saya pergi Krabi bulan Oktober. Kalau ikut yang kita belajar masa geografi dulu, bulan Oktober ialah musim yang banyak hujan, sebab pertukaran angin monsoon. Kalau bulan Mei sampai September memang musim hujan lah, sebab ada monsoon barat daya.

Tapi, alhamdulillah masa saya pergi tu memang sunny je, Hihi. Disebabkan hujan, Mei sampai Oktober memang dikira low season lah. So takde la ramai sangat orang. Saya rasa mungkin bulan Oktober ni dah nak habis musim hujan kan, so kira ok juga lah... tak banyak hujan & orang pun tak ramai sangat.



2. Visa

Orang Malaysia pergi sana tak payah visa kalau sekejap2. Nanti kat airport Krabi korang mungkin perasan ada booth untuk instant photo untuk buat visa-on-arrival. Jangan pulak korang pergi sana ambil gambar. Haha.

3. Getting to your accommodation from airport: jangan tertipu dengan shuttle bus!

OK. Ni problem sikit. Saya pergi Krabi ni boleh kata last minute plan lah jugak. So saya tak sempat pun nak research bagai. Sampai je kat airport, terus saya nampak ada booth untuk pakej travel, booth untuk shuttle bus dan booth untuk teksi.

Saya tinggal di Ao Nang. Naik bas harga 150 baht je. Naik teksi harga 600 baht. So of course la saya decide untuk naik bas (which is a GRAVE MISTAKE)

First of all, bas tu cuma akan bergerak kalau dah nak penuh. Sebelum beli tiket saya tanya, bila bas nak gerak. Dia cakap 10 minit. Kepala hotak la.

Ada la dalam 20 minit kot baru bas tu gerak. Lepas tu, diorang pusing2 hantar orang di area pekan Krabi dulu, baru sampai Ao Nang. In the end, saya cuma sampai ke accommodation saya lepas DUA JAM.

Satu lagi yang keji nya, diorang akan hantar korang ke satu kedai yang jual pakej tour. Dan diorang ni jual dengan harga yang melampau mahal. Saya dan kawan saya terkena. Kami ambil pakej ke Hong Island + Kayak dengan harga 1,600 baht, itupun lepas bargain. Tapi dia cakap dapat free trip pergi ke Night Market. So fine la.

So, instead of pakai shuttle bus, bagus kalau korang buat arrangement siap2 dengan korang punya accomodation. Macam saya tinggal di Krabi Nemo House, ada airport transfer harga 150 baht. Ataupun kalau korang datang ramai2 terus je la ambil teksi. Kalau dah 4 orang, baru je 150 baht/person.





4. Which island to go?

Untuk harga yang paling murah, ambil lah yang pakej 4-island pakai long-tail boat. Harga dalam 400 - 500 baht pun ada. Nak waktu siang ada, waktu malam pun ada.

Kalau nak yang paling terkenal, boleh pergi ke Koh Phi Phi. Sana korang akan pergi dalam 4 -5 pulau. Salah satu tu tempat penggambaran filem The Beach. Tapi saya dengar yang pulau tu sangat crowded, sebab dah terlebih feymes. Orang dari Phuket pun biasa akan ke sana jugak. Lagipun jauh, dan kalau musim monsoon, bersedialah untuk melantun-lantun dalam bot.

Saya pergi ke Hong Island. Pelancong tak seramai Phi Phi. Tak terlalu 'mainstream' macam 4-island package. Cantik, tetap cantik. Dan yang paling best, korang boleh berkayak! Haha. Ini je sebenarnya main reason saya nak pergi Hong Island. Nak Kayak pun senang sebab arus tak kuat pun. Selain Hong Island, korang jugak akan dibawa pergi ke pulau2 lain sekeliling dia.

5. Nak stay area mana?

Krabi province ni besar. Ada pekan Krabi, Ao Nang, Railay, Ko Lanta, etc etc
Area pekan Krabi saya tak minat sangat. Yang bestnya dekat sana ada Night Market setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Harga barang kat night market tu murah. Boleh try street food jugak.

Ao Nang tempat yang paling terkenal lah di kalangan tourist. Belambak resort/hotel/hostel area sini. Nak cari tour package pun senang sebab ada belambak2 kat tepi jalan.

Railay mahal sikit lah. Tempat ni banyak resort yang hebat2 sikit. Tapi memang cantik lah duduk sini. Especially kalau duduk di bahagian West Railay. East Railay tu macam kawasan bakau sikit. 


Tapi nak pergi East - West Railay jalan kaki dalam 5 minit je, ada laluan darat. Tapi nak pergi Railay kena naik bot, sebab ada cliff tinggi yang memisahkan area Ao Nang dengan Railay. So tak de jalan raya. Kalau naik bot dalam 10 - 15 minit je. Cuma, kalau korang sampai sana area malam, mahal lah korang bayar bot nak ke sana.



6. Plug elektrik
OK jangan lupa lah untuk bawak adapter. Nanti phone mati, kamera mati, menyesal je. Hahaha. Diorang pakai pin hybrid yang unik. Boleh muat plug orang Eropah & North America. Yang Malaysia punya still tak boleh pakai. Hehe.

7. Getting around
Hmm bab ni saya susah sikit. Kalau korang ambik tour package setiap hari takde problem lah. Kena hantar dan ambik kat hotel hari2. Tapi saya tak tahan tour package ni sebab korang akan spend masa lama untuk perjalanan sebab dia akan pick up guest dari macam2 tempat. Bayangkan saya nak pergi Emerald Pool je pun... tapi 2 jam lebih baru sampai.

Kalau korang ada lesen motor, memang syok lah. Belambak2 ada orang sewa motor. Saya takde lesen, dan tak berani nak bawak takde lesen. Wuuu. Sewa kereta mahal sikit. Lagipun nak parking susah la kereta ni.

Saya get around dari hotel ke Ao Nang beach pakai Tuk tuk yang accommodation provide for free.

8. Makan
Rupa2nya orang Krabi ni ramai yang muslim. Waaa syoknya. Kat sini la korang berpeluang makan makanan Thai yang halal.

Area Ao Nang dekat dengan laut tu mahal sikit la makanan dia. Saya duduk di tempat jauh dari laut, ramai orang tempatan. Boleh la dapat murah sikit.

Saya ada makan tengah hari nasi dengan lauk sotong style stir fry + lala masak apa ntah (macam asam pedas tapi lain sikit) harga dalam 100 baht je. Kalau kat area Ao Nang, sejenis lauk seafood je dah 100 baht lebih. Breakfast nasi dengan lauk ayam 35 baht dapat free air mineral 250ml. Hehe.

Kebanyakan kedai yang saya jumpa memang halal. Tapi ada juga yang tak halal. Kalau korang duduk kat guesthouse yang dekat dengan kawasan perumahan, memang tak payah risau sangat. Penduduk asal Krabi adalah muslim. Yang tak muslim tu majoriti orang yang migrate dari Bangkok.

So, kalau makan area city center, jumpa kedai yang takde tulis halal kat signboard kedai tu, tanya la dulu. Kat area airport pun susah sikit nak cari yang halal betul2. Saya tanya staff kat sana dia pun tak berapa sure mana yang halal. Last2 saya pergi kat gerai luar Terminal 2, beli mi ruski perasa tomyam. Sedap jugak. Hahaha.

9. Health

Kawan saya kat sana kena cirit birit dan seasick. Kesian jugak. Kat sana orang suka makan street food kan. Kalau street food ni, kebersihan kadang2 memang dicurigai lah. Masa kayak pulak, dia seasick sampai termuntah di tengah laut. Tangan saya pulak sampai kena blister sebab terlalu gigih dan excited berkayak. Hehe.

Kalau sakit, kat sana memang ada banyak farmasi. Saya nampak di Ao Nang (kawasan depan pantai) ada la dalam 3-4 farmasi. Tapi harga mungkin mahal lah.

So, saya suggest, bagus lah korang prepare awal2. Benda2 macam activated charcoal, antihistamine, paracetamol @ panadol, minyak angin cap kapak, plaster/handiplast, perlu la kot korang bawak untuk prepare for the worst.




10. Lain-lain tips

Pergi Railay naik bot waktu siang lagi murah (sebelum pukul 6 petang). Harga 100 baht one way. Kalau lepas pkul 6 petang 150 baht. Kalau malam lagi mahal. Bot cuma akan bertolak lepas dah lebih 8 orang penumpang.


Kalau nak pakej yang murah, kena rajin survey. Yang saya nampak paling murah pergi Phi Phi harga 900 baht je. Dia punya booth dekat kawasan Ao Nang, korang jalan ke arah kaunter untuk beli tiket naik bot ke Railay, pastu masuk kiri, ada naik bukit sikit. Memang murah, tapi saya tak tahu bagus ke tak pakej dia. Huhu.

Ada sesetengah kedai makan tu, dia pandai tipu harga. Ada satu kedai ni, mula2 dia cakap kat saya ada 20% off semua makanan sambil tunjuk dia punya papan iklan. Tapi saya taknak makan kat sana jugak. Terus dia pusing papan iklan tu, dia cakap semua makanan harga 100baht sepiring. Kira ok juga lah kalau di area Ao Nang kot. Tapi saya tak suka orang jual macam tu, so saya tak makan pun dekat situ.

Ok lah tu je dulu kot kali ni. Penat dah type. Hehe. Till next time. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "