Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rezeki Mencurah-Curah, Selepas Kejayaan Sertai Moto GP, Hafizh Syahrin Kini Bergelar Ikon “Let’s Inspire” Untuk Digi Pula

13 Mac 2018
One Comment

Rezeki mencurah-curah, itulah yang boleh digambarkan selepas kejayaan Hafizh Syahrin menjadi anak Malaysia atau Asia Tenggara pertama layak untuk beraksi dalam saingan MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3 tahun ini.

Perkembangan terbaru Hafizh, beliau kini telah menyertai keluarga besar rangkaian telekomunikasi terbesar negara, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) di mana Hafizh kini merupakan salah seorang pengguna plan terbaik yang ditawarkan daripada Digi.

"Apa yang telah dilakukan oleh Hafizh Syahrin sejak dahulu lagi sehingga sekarang sebagai penunggang MotoGP Malaysia yang pertama, adalah satu pencapaian yang besar. Dia telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat kelas utama dalam perlumbaan motosikal antarabangsa itu dan dia telah memperolehi kejayaan yang sangat baik berdasarkan merit dan kemampuan beliau," kata Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi, Bernard Lee.

Menurut Lee, Digi akan meneruskan pencarian di kalangan rakyat Malaysia yang boleh dijadikan sebagai simbol inspirasi seperti Hafizh sejajar dengan tagline Digi "Let's Inspire"



Selepas ini Hafizh akan mengembara ke seluruh dunia menyertai Kejohanan MotoGP, di mana pihak Digi berbesar hati untuk menjadi medium penghubung antara Hafizh dengan sesuatu yang amat bermakna kepadanya iaitu keluarga, rakan dan peminatnya.

Dalam meraikan pencapaian Hafizh, Digi memperkenalkan Pelan Pascabayar kepadanya dengan akses tanpa sempadan yang membolehkan Hafizh berhubung selalu dengan insan tersayang. Beliau juga menerima Pelan Digi Family yang menawarkan pengurusan akaun yang lebih baik dan perkongsian kuota internet yang fleksibel.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rangkaian Tanpa Sempadan dan Plan Family Digi, layari www.digi.my.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "