Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Hari Keempat Anak Usia 2 Tahun Dah Seronok Kencing Di Tandas" Wanita Kongsi Tips Mudah Latih Anak Berhenti Pampers Dalam Masa 4 Hari

8 Mac 2018

Ajar anak untuk berhenti pakai pampers bukan mudah, lebih-lebih lagi anak seawal usia 2 tahun. Namun, jika ibu bapa tekad tiada yang mustahil. Paling penting, perlu ada kesabaran yang tinggi. Ibu bapa pastinya akan berdepan dengan adegan ''tidak disengajakan'' oleh si anak. Terkencing di dalam seluar beberapa kali dalam tempoh untuk membiasakan diri adalah perkara biasa.

Namun, jika ada tips dan kaedah yang betul, dalam tempoh yang singkat anak boleh ''potty train'' dalam tempoh 4 hari sahaja. Tips yang dikongsikan oleh Sarah Fadzil melalui laman sosial facebook boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa di luar sana. Yang penting menurut beliau, jangan paksa atau push anak.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mengaplikasikan kaedah ini kepada anak-anak anda ya.

Sebagai ibu pertama kali yang melalui fasa ini, sara rasa sangat teruja nak share pada ibu baru dan pertama kali yang akan melalui fasa sama ini seperti sara!

Sara tak sangka rupanya anak anak boleh sangat rupanya potty train dalam 4 hari seperti yang sara jumpa berlaku di barat dalam Pinterest.

So sara nak share sebagai panduan pada ibu yang baru nak mencuba. Apa yang sara belajar, kerjasama suami isteri amat penting. Tak boleh hanya seorang yang bersedia.

1. Berhenti pakai pampers pada hari pertama dan katakan pada dia jika nak terkencing beritahu mama. Beri anak rasa perbezaan tak pakai pampers. Beri anak rasa terkencing pertama kali dalam seluar tanpa pampers. Reaksi menangis, merengek, menjerit adalah biasa kerana anak merasakan ia perkara asing atau berbeza dari kebiasaan dia.Anak akan mula tahu “ooo terkencing tanpa pampers rasa macam ni, I need to go to toilet..” Pertama kali memang anak akan terkencing di dalam seluar selama beberapa kali . Teruskan.


2. Pada hari kedua dan tiga, less mess akan berlaku kerana anak mula boleh beritahu tapi kadangkala terkucil juga jika leka bermain.Tugas kita tanya setiap 2-3 jam atau mudah saja nak cam, jika anak ada minum air sebelum itu dalam 1-2 jam ajak lagi atau tanya lagi.

3. Ketika anak bangun dari tidur, terus bawa ke tandas kerana biasanya anak memang akan kencing ketika ini. Sebelum tidur juga perlu bawa lagi ke tandas.


4. Pada hari keempat, anak mula pandai beritahu untuk semua sesi kencing tanpa terkucil, dan juga sudah mula selesa dan seronok kencing di tandas. Time ni percayalah ibu ibu atau abah abah rasa nak terbang sebab rasa accomplished yang luar biasa. Cuba bawak anak keluar dan test. Kami cuba pakaikan pampers ketika keluar semalam to test, amazingly, anak tak kencing dalam pampers seperti selalu dan meminta untuk kencing di tandas seperti biasa.

5. Untuk berak, ianya mengambil masa, jangan putus asa jika ianya tidak berhasil, teruskan sahaja off pampers dan keep encourage anak untuk menggunakan tandas.

6. Done! Tak perlu pampers lagi!

7. Jom Cuba!

P/S: drama nak ke tandas banyak kali tu biasa. Kejap kejap nak kencing nak berak dalam 3 hari pertama. Kena banyak sabar , dia tengah nak tune.

P/S: Disclaimer : Tak semua boleh potty train at 2 years old. Baca dan research dulu ya. Make sure sensory all develop well and boleh start. Jangan paksa and push anak ya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "