Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) DIY 'Moon Lamp' Guna Belon, Tisu Dan Gam Sahaja

8 Mac 2018

Pernah berjalan-jalan di malam hari dan tercengang kagum saat melihat keindahan bulan purnama? Jika kamu suka melihat bulan, maka kamu juga akan suka dengan lampu ini yang berbentuk dan bertekstur mirip bulan purnama yang bernama ‘Luna Lamp’.

Lampu bola kaca fiber ini dilapisi dengan latex non-toxic dan memiliki permukaan yang terlihat artistik dan mirip dengan permukaan bulan purnama.


Luna Lamp direka oleh Acorn Studio, sebuah perusahaan dekorasi dalam yang terletak di New Taipei City, Taiwan. “Lampu ini adalah sebuah dekorasi ruangan yang akan membawamu ke dunia ghaib”

Kami telah menemui cara untuk anda mengerjakan sendiri dekorasi ini di rumah dengan bahan yang mudah dan murah. Mimpi anda akan menjadi kenyataan, nak tahu macam mana? Jom tengok langkah-langkah dibawah.


Bahan-Bahan:
  • Belon
  • Gam
  • Tisu
  • Pen
  • Lampu 
  • Berus
  • Span
  • Cat akrilik

Langkah 1:

Tiup belon dan lukis bentuk bulat di bahagian bawah dengan pen seperti dalam gambar.



Langkah 2:

Sapu belon dengan gam menggunakan berus



Langkah 3:

Tutup permukaan belon dengan tisu sebanyak yang mungkin untuk mengekalkan kekerasan luarannya dan warna belon tersebut.



Langkah 4:

Setelah kering, sapu cat akrilik pada permukaan belon yang telah kering.



Langkah 5:

Guna span untuk mendapatkan tekstur bulan yang seakan berongga.  Cop-copkan sehingga membentuk seperti kawah.



Langkah 6:

Setelah kering, gunakan pisau untuk memotong bulatan yang kita tanda pada langkah 1 dan keluarkan belon yang telah pecah tersebut.  Masukkan lampu soket didalam bulatan dan nikmatilah cahaya lampu luna anda.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "