Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dilan 1990, Filem Terbaru Dari Negara Jiran, Padunya Sampai Cecah 4.2 Juta Tontonan Dalam Masa 13 Hari

28 Mac 2018

Masih ingat filem Ada Apa Dengan Cinta? Filem tersebut pernah menjadi fenomena pada satu ketika dahulu dan sehingga kini filem itu masih lagi meninggalkan kesan kepada para penonton.

Namun, sudah lama filem sedemikian rupa tidak keluarkan? Tapi tahun 2018 merupakan tahun yang 'lucky' buat penggemar filem cinta romantik berserta aksi kerana adanya filem 'Dilan 1990'.



Apa yang hebatnya filem Dilan 1990? Bertemakan cinta, filem Dilan 1990 ini sudah mengalahkan filem-filem cinta di Indonesia seperti AADC, AAC dan sebagainya. Dalam masa 13 hari tayangan, filem itu telah ditonton seramai 4.2 juta penonton. Wow.

Berkisarkan tentang kisah cinta pelajar sekolah menengah di Bandung, filem Dilan 1990 menjadi filem yang mendapat kutipan paling tinggi pada 2018 di Indonesia.



Malah, di laman media sosial Twitter dan Facebook sendiri pun filem Dilan 1990 menjadi trending sehinggakan laman sosial itu dipenuhi dengan ayat-ayat cinta dengan hashtag #Dilan1990 serta gambar-gambar pelakon filem berkenaan.

Bagi yang mahu mendapatkan sedikit sebanyak tentang filem Dilan, begini kisahnya:

Dilan merupakan seorang remaja yang pintar, baik hati dan romantis. Dilan mempunyai cara yang tersendiri bagi mendekatkan diri dengan Milea. Setiap dialog dan kata-kata Dilan punya tarikan yang kedengaran puitis namun isi nya penuh dengan falsafah dan ditambah dengan personaliti Dilan yang unik, Milea tertarik dengan pelajar terbabit.

Namun, perjalanan cinta romantis mereka mula tergugat dengan kehadiran Beni, kekasih Milea yang tinggal di Jakarta.

Itu belum lagi cerita tentang 'plot twist' cerita ini apabila Dilan terlibat dengan geng motor. Jadi, cerita ini juga turut padat dengan aksi-aksi pergelutan.


Sekiranya anda berada di tempat Milea, siapa yang akan anda pilih? Dilan atau Beni?

Saksikan perjalanan romantis kisah cinta tiga segi ini di pawagam terdekat dengan anda! Sediakan juga tisu-tisu untuk anda lap air mata yang bakal bercucuran melalui kelopak mata anda nanti.

Nota: Fakta Top 5 Indonesian Love Story (Angka berdasarkan jumlah penonton)

1. Dilan 1990 (2018) - 6,314,722
2. Ada Apa Dengan Cinta 2 (2016) - 3,665,509
3. Ayat Ayat Cinta 2 (2017) - 2,840,159
4. Ketika Cinta Bertasbih (2009) - 2,105,192
5. Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017) - 1,637,472

Sementara tunggu masa nak ke panggung tu, tengok dulu trailer filem Dilan 1990.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "