Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dipatuk Ular Berbisa Lebih 100 kali, Kini Saintis Ini Imun Dengan Bisa Ular

29 Mac 2018
One Comment

Seorang lelaki mendakwa dirinya imun dengan bisa ular selepas 'merelakan' dirinya dipatuk ular lebih 100 kali.

Tim Friede yang merupakan seorang saintis telah membahayakan dirinya dengan membiarkan ular mematuk dirinya lebih 100 kali demi mendapatkan vaksin sekaligus mampu menyelamatkan mangsa patukan ular.

Lelaki berusia 39 tahun ini juga mendedahkan bahawa hanya dirinya seorang di dunia ini yang bertahan dengan patukan ular berulang kali.


Dia dibawa 'berjumpa' dengan Black Mamba, ular paling berbisa di dunia dan dengan hanya satu patukan mangsa akan kesakitan dan meninggal dunia dalam tempoh 15 minit.

Jelas Friede kepada Wizard Odd TV di kediamannya di Du Lac,  dia membenarkan ular Black Mamba menggigitnya tiga kali di jari dan sekali di lengan.

Friede dapat rasa racun haiwan itu meresapi tubuhnya.


Jelasnya, apabila digigit Black Mamba, mukanya seolah-olah mukanya seperti dihentak dengan tukul dan degupan jantung semakin laju.

Bagaimanapun,  dia gembira kerana badannya sudah dipenuhi antibodi sepanjang dua dekad menjalani kajian mengenai bisa ular.

"Saya mengobankan diri untuk perkara ini hanya satu sebab: untuk menyelamatkan orang.

"Sebab saya menyuntik diri dengan bisa ular dan dipatuk kerana ada tujuannya sendiri, untuk mencipta anti-bisa kepada manusia.

"Selepas 17 tahun setengah, saya telah menggunakan tujuh jenis ular berbisa untuk menjadi imun.

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "