Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

129 Sokong, 80 Menolak, Usul Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Diluluskan

28 Mac 2018

28 Mac - Walaupun dikecam, ditentang dan didesak supaya dibatalkan, usul persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan dengan undi majoriti hari ini, lapor Malaysia Kini

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengadakan undian secara blok bagi menentukan nasib usul yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.

Selepas undian dijalankan usul yang menyaksikan perubahan nama kawasan parimen dan dewan undangan negeri serta perpindahan pengundi yang ketara itu disokong 129 anggota Dewan Rakyat, manakala 80 menolak.

Keputusan itu mengakhiri sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.Ketika keputusan diumumkan sebahagian besar anggota parlimen pembangkang menjeritkan perkataan "penipu" berkali-kali sambil mengangkat plakad bertulis "Bangkit rakyat, hentikan penipuan".

Bagaimanapun wakil PAS tidak berbuat demikian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Pembangkang adalah pembangang di Malaysia

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "