Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Terkini) Buli Dan Curi Duit Serta Telefon Bimbit Remaja OKU, 2 Orang Suspek Ditahan Pihak Polis

14 Mac 2018

14 Mac - Telah tular di laman sosial seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dibuli oleh dua orang lelaki sebelum didakwa menyamun telefon bimbit dan wang tunai ramaja OKU berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh Nur Izzara Aisha di facebooknya mendapat ribuan perkongsian dan perhatian netizen.

Menurut Izzara, kejadian itu berlaku di padang permainan di taman perumahan di Taman Sri Kluang.

"Kejadian membuli dan mencuri telefon bimbit milik seorang anak kurang upaya (OKU). 

"Mohd Nor Akmal dibuli di padang permainan di rumah murah Taman Sri Kluang serta telefon bimbitnya jenama Samsung J2 dan wang belanjanya dalam beg merah telah diambil dua lelaki terbabit," tulisnya.

Berdasarkan video tersebut, mangsa ditolak beberapa kali oleh suspek yang dikenali sebagai Boy, manakala rakan suspek pula merakam video kejadian itu.

Sesekali mangsa cuba menolak suspek agar berhenti dari mendekati dan mengapa-apakannya. Malangnya, suspek menolak lehernya dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa tercekik menahan kesakitan.

Sementara itu di media sosial, netizen mengutuk tindakan suspek dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua remaja terbabit.

Nur Izzara turut berkongsi ID Facebook suspek, bagaimanapun akaun Facebook berkenaan telah dipadamkan berikutan kes itu mula viral di media sosial.

"Seriously saya menangis tengok video ini sebab terbayangkan anak buah saya sendiri yang juga OKU," katanya yang juga berharap remaja terbabit mendapat balasan setimpal.

Menurut beberapa sumber, dua orang suspek yang didakwa membuli itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, bapa remaja OKU berkenaan membuat laporan polis selepas melihat video anaknya dibuli, petang semalam.
Katanya, dua suspek berusia 20-an itu ditahan tengah malam tadi selepas menerima laporan polis daripada bapa mangsa.

"Polis sudah menahan dua suspek buli berkenaan termasuk yang merakam video itu tengah malam tadi selepas gerakan mengesan mereka dibuat sebaik menerima laporan.

"Kejadian buli berkenaan dipercayai dilakukan suspek pagi semalam di taman permainan Taman Sri Kluang.

"Mangsa yang juga OKU memaklumkan kepada bapanya ketika kejadian suspek mencuri telefon bimbit miliknya, wang tunai RM20 serta beg sandang yang dibawa selepas dibuli dan diugut menggunakan sebatang kayu,"
katanya ketika dihubungi.

Mohamad berkata, dua suspek berkenaan direman mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "