Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Tahu Penanda Aras Kemampuan Fokus Anak-Anak, Ajak Mereka Buat Aktiviti Ini Dengan Melukis Dan Warnakan Bulatan Itu

14 Mac 2018
2 ulasan

Konsentrasi membantu anak untuk kekal fokus dalam mengerjakan atau melakukan sesuatu aktiviti dengan tugas dan masa yang tertentu.  Kemampuan anak mencapai konsentrasi itu berbeza-beza sesuai dengan usia mereka.  

Kanak-kanak yang mempunyai kurang konsenstrasi tidak bermakna mereka tidak pintar, tapi mereka memerlukan masa untuk memahami arahan atau aktiviti yang diarahkan.  Perkongsian daripada Ainizal Abdul Latif yang merupakan seorang pengajar dan penulis buku kanak-kanak menceritakan teknik kemahiran yang anak-anak boleh belajar melalui aktiviti yang diberikan.

Ikuti perkongsiannya, untuk para ibu bapa lebih memahami tahap konsentrasi dan kemahiran anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.  Banyakkan aktiviti yang melibatkan anak-anak untuk lebih fokus selain menguji daya kreatif mereka dalam variasi aktiviti yang dilakukan supaya tidak bosan.  Mari ikuti perkongsian dibawah semoga ibu bapa lebih faham tentang stimulasi pembesaran anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu tugas dan melatih anak untuk lebih fokus.

Okay mommies..seperti dijanjikan saya akan explain kaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan "warnakan bulatan itu"



Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye..

Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain..

1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
- jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
- bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.



3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
- bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.

4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
- tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "