Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bolehkah Bersalin Normal Jika Sebelum Ini 'Caesarean'?", Prof. Dr. Imelda Ulas Garis Panduan Dan Risikonya

1 Mac 2018
Gambar Hiasan

Vaginal Birth After Caesarean (VBAC) adalah proses kelahiran dimana seorang wanita itu bersalin secara normal selepas melalui sekurang-kurangnya sekali pembedahan secara Caesaran dalam kehamilan yang lalu.

Berbeza kepada wanita yang tidak pernah melalui Caesarean, wanita yang berhasrat ingin menjalani VBAC selepas beberapa kehamilan menerusi pembedahan biasanya diletakkan dibawah pemerhatian yang sangat ketat.

Perkongsian daripada Pakar Perundingan Maternal & Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Imelda ini menjawab persoalan para ibu dengan beberapa data yang dibentangkan bagi pemahaman lebih jelas dan mendalam.  Mari baca ulasan penuh Prof tentang beberapa faktor keselamatan dan risiko yang bakal dialami kepada bakal ibu yang memilih proses VBAC sebagai kaedah bersalin.



VBAC (Vaginal Birth after Caesarean)

Hanya ada 5 perkara mengikut garis panduan antarabangsa di mana doktor akan kata anda tidak dibenarkan melahirkan secara normal untuk keselamatan ibu.

1) Placenta praevia. Kedudukan uri di pangkal rahim. Risiko pendarahan ibu boleh menyebabkan kematian.

2) Pernah mendapat Classical Caesar. Pembedahan Caesar atau pembedahan lain (contoh cornual ectopic) yang dibuat di bahagian atas rahim, bukan di bahagian bawah rahim. Risiko rahim pecah semasa kelahiran di masa depan sangat tinggi.

3) Pelvic Obstruction. Terdapat halangan di pangkal rahim seperti ketumbuhan atau fibroid besar. Risiko rahim pecah sangat tinggi kerana obstructed labour.

4) Transverse lie. Janin yang kedudukan melintang. Risiko rahim pecah juga tinggi kerana obstructed labour.

5) Pernah mendapat 3 atau lebih pembedahan Caesar. Risiko rahim pecah tinggi.



Sebab yang lain perlu dibincang dengan doctor sebelum membuat keputusan apakah risiko anda. Setiap ibu dan janin mempunyai risiko yang berlainan.

Walaupun ibu itu berisiko rendah dan tidak pernah menjalani pembedahan Caesar, kita tidak boleh menjamin kelahiran yang normal sebab dalam 10% ibu berisiko rendah akan muncul juga masalah yang tidak boleh diramalkan semasa kelahiran dan perlukan pembedahan Caesar secara kecemasan. Jadi, kejayaan ibu berisiko rendah mencapai kelahiran yang normal ialah 90%. Seramai 10 dalam 100 ibu berisiko rendah memerlukan Caesarean Section (CS) juga.

Jika pernah sekali pembedahan Caesar, dan tiada risiko lain, kejayaan kelahiran normal selepas satu CS ialah hampir 70%. Risiko rahim pecah ialah 5 hingga 7 dalam 1000 VBAC. Kelahiran ini digelar berisiko tinggi dan hanya dibenarkan di bawah pantauan pegawai perubatan di hospital bersalin yang mempunyai kemudahan pembedahan, kemudahan transfusi darah dan pantauan CTG denyutan nadi jantung janin secara berterusan. Dengan syarat ini, VBAC ialah kelahiran yang selamat dan ibu akan mendapat sokongan untuk memilih VBAC. Tetapi jika anda di induce dengan hormon, risiko rahim pecah menjadi lebih tinggi sebanyak 15 hingga 20 dalam 1000. Jangan induce jika tidak perlu.



Jika anda berjaya VBAC, iaitu mencapai kelahiran yang normal selepas satu pembedahan Caesar, untuk kehamilan anda di masa hadapan, selagi tiada risiko baru yang lain, kejayaan VBAC bagi ibu yang pernah berjaya kelahiran yang normal menjadi 90%. Tetapi masih lagi ibu berisiko tinggi yang memerlukan pantauan doktor (bukan hanya bidan bertauliah), kerana masih ada risiko rahim pecah lebihkurang 2 dalam 1000.

Jika pernah dua kali pembedahan Caesar, dan tiada risiko lain dan tidak pernah kelahiran yang normal sebelum pembedahan Caesar, kejayaan kelahiran normal selepas DUA CS ialah lebih kurang 60%. Risiko rahim pecah ialah di antara 9 hingga 13 dalam 1000 VBAC. Ibu yang bertanya tentang VBAC selepas 2 kali CS, hendaklah berbincang dengan doktor pakar O&G yang senior untuk mengenalpasti semua risiko ibu dan janin, dan hanya patut mencuba di bawah pantauan pakar O&G yang senior di wad bersalin. Jika pernah kelahiran yang normal sebelum 2 kali CS atau kelahiran yang normal di antara 2 CS, ada lebih peluang untuk berjaya selagi tiada risiko yang lain dan anda tidak di induce. Ini perlukan pantauan pakar yang senior di wad bersalin, dan bukan hanya bidan atau pegawai perubatan.

Kajian perubatan terbaru melibatkan 4579 ibu hamil yang mencuba VBAC selepas satu pembedahan Caesar, menunjukkan JIKA mereka berjaya sampai ke fasa kedua (second stage of labour) di mana mereka berjaya mendapat pembukaan penuh 10cm, sama ada mereka akan terus berjaya melahirkan bayi secara normal akan bergantung kepada berapa lamakah mereka berada di dalam second stage.


Untuk 1000 ibu yang sudah berjaya sampai ke second stage:

Jika masa di dalam second stage < 1 jam, 97% akan terus berjaya melahirkan secara normal, dan risiko rahim pecah ialah 7 dalam 1000 ibu yang mencuba VBAC.

Jika 1-2 jam, 91% akan berjaya dan risiko rahim pecah ialah 14 dalam 1000.

Jika 2-3 jam, 78% akan berjaya dan risiko rahim pecah ialah 15 dalam 1000.

Jika 3-4 jam, 62% akan berjaya dan risiko rahim pecah ialah 30 dalam 1000.

Jika 4 jam, 46% akan berjaya dan risiko rahim pecah ialah 30 dalam 1000.

Soalannya bukan boleh atau tidak boleh.
Soalannya ialah apakah risiko yang ibu dan janin di dalam kandungan patut ambil demi mencapai kelahiran yang normal?

Untuk ibu hamil yang memilih untuk mencuba VBAC, saya sarankan pantauan yang lebih rapi jika masih belum melahirkan bayi dalam masa 2 jam berada dalam second stage (2 jam selepas pembukaan penuh 10cm sudah dicapai). Jika 2 jam masih belum berjaya, kes ibu patut diambil alih oleh pantauan doktor yang lebih senior dan semua ibu tidak patut dibiarkan dalam second stage sehingga melebihi 3 jam, kerana risiko yang lebih tinggi kepada ibu dan bayi bila dibandingkan dengan ibu yang tidak pernah mengalami pembedahan Caesar.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "