Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Jorge Pereyra Diaz Hadapi Masalah Sertai Pasukan Lain Jika Gagal Pamerkan ITC Pada Kelab Baru - Effendi Jagan

1 Mac 2018

1 Mac - Baru-baru ini, Liga Malaysia yang baru sahaja membuka tirai dikejutkan dengan satu kontroversi seorang bekas pemain Johor darul Takzim (JDT), Jorge Pereyra Diaz yang didakwa telah meninggalkan kelab berkenaan pada jam 12 tengah malam beberapa hari yang lalu, lapor Semuanya Bola.

Namun, timbul satu isu yang mampu membuatkan Diaz menggaru kepala apabila dia tidak boleh mendaftar dengan mana-mana kelab bola sepak lain tanpa Sijil Pelepasan Anatarabangsa (ITC).

Pengarah Urusan Action Football Asia (Malaysia) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, ITC hanya diperolehi oleh Diaz selepas semua dokumen termasuk salinan passport, salinan kontrak lama dan kelab baru serta surat pelepasan dari kelab terdahulu dimuatnaik secara atas talian ke dalam Transfer Matching Sysytem (TMS).

“Diaz boleh pergi ke mana-mana kelab lain yang beliay suka. Tetapi apabila tiba masa untuk menampilkan ITC, maka beliau akan menghadapi masalah jika ia tidak dimuatnaik ke dalam sistem TMS.”

“ITC hanya boleh diperolehi melalui TMS, yang mana segala urusannya adalah secara atas talian. Ini bermakna, tiada pemalsuan atau manipulasi boleh dilakukan,”
jelas Effendi.


Pada Isnin, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edward menerusi laman rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers telah mengumumkan bahawa Diaz telah meninggalkan hotel penginapan di Singapura seterusnya secara rasmi bukan lagi pemain JDT.

Selang sehari selepas itu, Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), telah tampil menerusi satu video menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di dalam kelab tersebut sehinggakan Diaz pergi tinggalkan kelab begitu sahaja tanpa sebarang notis.

Antara lain yang didedahkan oleh TMJ ialah berlaku campur tangan yang membabitkan jurulatih kecergasan JDT, Fernando Gonzalez yang dikatakan telah menjadi batu api melaga-lagakan para pemain dan bekas jurulatih yang juga baru melatakkan jawatan minggu lepas, Ulisses Morais atas sebab masalah kesihatan keluarga yang dialami.

Selepas apa yang berlaku, Effendi berkata sebaliknya kuasa berada di tangan JDT, samaada akan mengambil tindakan terhadap Diaz atau tidak, termasuk dengan menahan ITC pemain itu.



“Jika benar Diaz melarikan diri, kelab boleh ambil tindakan kerana dia sudah melanggar kontrak dan JDT boleh menuntut bayaran pampasan.”

“Sekiranya pemain itu tidak bayar, kelab juga boleh bertindak tidak melengkapkan dokumen untuk dia mendapatkan ITC, sekali gus tidak boleh bermain dengan pasukan lain.”

“Namun kelab memerlukan alasan yang kukuh untuk dimaklumkan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),” jelas Effendi.

Effendi juga turut menyokong tindakan TMJ melepaskan Diaz kerana tiada keperluan untuk pihak kelab menyimpan pemain yang tiada hati untuk bermain dengan pasukan.

“Pemain tidak boleh bertindak macam itu dan seperti yang Tunku Ismail katakan, tiada pemain lebih besar dari kelab. Jadi tindakan Tunku Ismail itu adalah wajar, tidak kira dia pemain bintang sekali pun.”

“Bagi saya, pemain perlu berbincang dengan pengurusan dan hormati kelab. Jika dia tinggalkan begitu saja, kelab yang jadi mangsa, nak dapatkan pemain baru pun jendela perpindahan belum dibuka lagi,” katanya.

Sehingga artikel ini dilaporkan, JDT belum lagi memberi sebarang kenyataan berkenaan status ITC pemain tersebut.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "