Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kurang Kalsium, Kuat Minum Minuman Malt Dan Malas Gosok Gigi,Anak Saya Usia 6 Tahun Ini Hilang Kesemua Giginya

1 Mac 2018
Kalsium merupakan mineral paling penting dalam proses pertumbuhan anak-anak.  Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga memerlukan kalsium yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

Namun, kalsium juga berperanan dalam sistem saraf otak untuk menghasilkan daya ingatan yang baik.  Walau bagaimana pun, tidak ramai daripada kita yang mengambil perhatian tentang zat yang satu ini.  Tanpa sedar, banyak gejala penyakit yang timbul akibat kekurangan sumber kalsium seperti sakit pinggang, sering lupa dan rambut gugur.

Kalsium boleh didapati dalam sumber diet seharian seperti susu, ikan salmon, sayuran hijau seperti kailan dan brokoli namun keperluan yang kita perlukan seharian biasanya sukar dicapai.  Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan untuk mengatasi masalah-masalah diatas.

Seperti perkongsian daripada Atuk Limie Mohamad melalui Facebook miliknya ini, dia menceritakan pengalaman anaknya yang terpaksa dibuang semua gigi akibat daripada kekurangan kalsium dan beberapa faktor lain.  Terbukti kekurangan kandungan kalsium memberikan kesan optimum kepada badan.  Mari baca perkongsian dibawah dan diharap setiap ibu bapa khususnya menitikberatkan perkara ini bagi mengurangkan risiko terhadap anak-anak. 



Alhamdullilah.. Hannan Selamat dah buang semua gigi.. Skrg dia dah separuh sedar... Doktor kejut gok.. biasa org lain tidur 3-4jam. Terima kasih semua sahabat berkat Doa Semua.

Makluman pada yang share:
Gigi rosak bukan sebab kuat makan coklat. Anak saya ni kurang calsium lepas susu ibu dia tak minum susu. Dan kuat milo dan malas gosok gigi. Kalau punca coklat 2 Org lagi abg dan kak dia akan terima nasib yg sama.
Pada semua yang PM saya. Maaf saya tak sempat nak jawab semua msg anda.Tp saya jawab bila free. Dibawah ni saya sertakan kronologi anak saya.

Kronologi Pembedahan Gigi Hannan:

Kerosakkan gigi Hannan bukan berpunca dari kuat makan gula-gula. Punca utama Hannan selepas 2 tahun susu ibu. Hannan tidak lagi minum susu. Sebaliknya dia lebih suka minum milo. Dan lambat lepa.. kopi Abi dia pun dia minum. Kekurangan Calsium gigi bercampur malas gosok gigi punca utama kerosakkan gigi Hannan.

4 Tahun
Masuk umur 4tahun. Hannan pernah buat pemeriksaan gigi di klinik swasta. Doctor hanya bagi ubat tahan sakit.



5 Tahun
Berumur pertengahan 5 Tahun. Boleh dikatakan setiap minggu Hannan Sakit gigi sampai tak boleh tidur… skali lagi buat pemeriksaan klinik swasta. Kali ni kesan kerosakkan lebih besar… gigi graham dia telah rosak dan berlubang. Menyebabkan gusi bengkak. Pada masa yg sama.. gigi depan juga sudah rosak menyebabkan nafas berbau. Kami minta Doktor buang. Tapi dinasihatkan biar gigi susu tercabut sendiri. Dan doktor hanya bagi ubat tahan sakit yg mampu bertahan seminggu.
November tahun 2017 skali lagi kami ke klinik pemeriksaan. Masa ni gusi Hannan dah bengkak dan dia sendiri tidak selesa.. dgn selalu meludah mungkin sebab gusinya bengkak.Doctor nasihatkan kami pergi ke klinik kerajaan. Kerana umur hannan baru 5tahun dan ada risiko utk buat di klinik swasta. (Risiko blaje besor kikiki, Moga kite rakyat yang membayar cukai..kite cari Hospital kerajaan).



Permulaan kami pergi ke klinik gigi 1Malaysia. Utk buat pemeriksaan. (Doctor baru). Doctor cadangankan bertahan dgn ubat tahan sakit dahulu.. utk cuba rawat gusi dan tahan sakit gigi. Keadaan masih tidak berubah. Hanya bertahan satu @ minggu sahaja. Selepas sebulan Kami pergi lagi buat pemeriksaan. Kali ni Doctor klinik 1Malaysia cadangkan tunggu sehingga umur 6 Tahun utk temu janji cabut gigi.

6 Tahun
Kami kena datang skali lagi ke klinik 1Malaysia utk buat pemeriksaan dan temu janji. Alhamdullilah walaupun doctor lain.. tp rekod Hannan sudah ada.. hanya sambung kes.. dan buat temu janji dgn pakar utk rujuk ke hospital besar kuala terengganu. Pertengahan January kami dapat date utk temu janji di hospital besar. Datang utk pemeriksaan skali lagi oleh pakar. Dan pada mulanya dicadangkan utk cabut mana gigi yg rosak. (Cuma tinggal 3 btg sahaja gigi depan yang elok). Skali lagi diberi tahu utk temu janji cabut gigi Hannan perlu tunggu 3 hingga 6 bulan. Erkkk lamanya… Tp sebenarnya perkara biasa kerajaan sebab kena selesai kes terawal.. Pihak hospital akan call bila tarikh yg ada.


Selepas 2 minggu buat pemeriksaan pakar. Alhamdullilah dapat panggilan dari Hospital bagi date 21hb febuary boleh datang ke hospital utk pemeriksaan bius. Dan 22hb feb Hannan dapat date pembedahan. Alhamdullilah. Bagi tahu Hannan Esok nok cabut Gigi. Suka dia dgr…

22 Feb. 2018

10.45 pagi Hannan Dibawa ke bilik bedah.

11.15 pagi Hannan diminta doctor utk meniup belong (bukan belong sebenarnya bius yg diletakkan dimulut). Dlm 5minit Hannan mula tidur.. Dan saya diminta mencium anak dan dikehendaki tunggu diluar.

12.30 Saya dipanggil dan diberitahu pembedahan dah selesai. Hannan dikeluarkan dari bilik pembedahan. Semasa berbincang dgn doctor keadaan semasa Hannan. Tiba tiba dia buka mata dgr apa saya bincangkan dgn doctor.. eh! Terkejut… sepatutya dia masih tidur. Memandangkan dia sedar.. saya tanya dia “Sakit dok Hannan?” Dia hanya hilingkan kepala tanda tidak sakit. Perjelasan Doctor dia cabut semua gigi sebab 1. Gigi rosak teruk, 2.Gigi depan dia dah nak keluar gigi kekal dan dah bergoyang.


1.00pm Hannan di pindahkan ke Wad untuk rehat. Masa ni dia tak tidur.. cuma asyik salin kapas mulut utk buang darah.

1.30pm Nurse datang hantarkan Milo ais dan Ais kosong. (Lupa nak bagi tahu. Hannan kena puasa dari 12 malam hingga selesai pembedahan. Air masak juga dilarang minum pada masa ni. Jadi dari 9.30 mlm sebelum hingga 1.30pm Hannan tidak minum dan makan).

1.30-4.00 Masih menunggu pengesahan Doctor utk pulang.

4.30 Alhamdullilah dibenarkan pulang dan Hannan berada dlm keadaan sihat seperti biasa.
Perjalanan Pulang. Permintaan pertama Hannan aiscream, dan saya ajak dia makan roti utk alas perut. Habis sebijik telur separuh masak dan roti sekeping.. berselera macam dok sakit.

Alhamdullilah Selesai masalah gigi Hannan.

Berkenaan bayaran:
Saya update sedikit yg bertanya kos rawatan
Utk klinik swasta skali rawatan antara RM40-RM55.
Klinik 1Malaysia RM1.00 setiap kali rawatan.
Hospital Besar Pakar RM18.00 (jika kakitangan kerajaan Percuma @ Maybe RM1.00)

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "