Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Demam Panas?, Segera Bawa Ke Hospital Untuk Mendapatkan Rawatan Sekiranya Terdapat 11 Tanda-Tanda Ini

10 Mac 2018
One Comment

Melihat keadaan anak yang diserang demam panas pastinya meruntunkan semua hati ibu bapa yang pernah melalui detik ini.

Meskipun demam dianggap penyakit biasa yang sering menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, namun jika tidak dirawat dengan segera ianya boleh membawa kepada penyakit yang lebih parah.

Jikalau anak-anak diserang demam, pasti segelintir ibu bapa bingung dan keliru sama ada mereka perlu dibawa ke hospital atau klinik dengan segera.

Bagaimanapun, entri kali ini berkongsi hasil penulisan daripada Dr Ezairy M.Sallih yang memberi panduan tentang bila perlu bawa anak ke hospital sekiranya diserang demam panas.

Mari ikuti perkongsian bermanfaat ini.


ANAK DEMAM PANAS - BILA PERLU BAWA KE HOSPITAL? LIHAT 11 PERKARA INI.

Anak anda tiba-tiba saja demam. Apa sebabnya? Perlu pemeriksaan klinik dan hospital?

Dapatkan rawatan doktor jika anak anda menunjukkan 11 tanda-tanda berikut:

1.Menangis berterusan yang tidak berhenti. Maknanya ada sesuatu yang kita tak tahu dan diluar pengetahuan kita. Jangan biarkan sahaja di rumah.

2.Merengek tidak selesa yang melampau dan tidak berkurang walau telah dipujuk berulang-ulang. Apabila anak demam, ada kemungkinan akibat jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh, tekak, telinga, hidung dan lain-lain. Jangan lewat dibawa berjumpa doktor.

3.Bintik ruam atau ungu yang kelihatan seperti lebam pada kulit (yang tidak ada sebelum anak anda sakit). Ada beberapa punca yang menyebabkan ia berlaku. Jangan dibuat sambil lewa.


4.Bibir, lidah atau kuku menjadi biru. Ini juga perlu berhati-hati. Perlu segera bawa jumpa doktor.

5.Demam disertai dengan pembengkakan dan benjolan pada kawasan leher dan mana-mana bahagian, serta ada tanda-tanda jangkitan seperti sakit, kemerahan dan sebagainya. Bawa jumpa doktor jika ragu-ragu. Jangkitan yang lewat dirawat boleh menyebabkan komplikasi lain seperti pengumpulan nanah yang memerlukan pembedahan

6.Leher yang menegang. Ini merupakan salah satu tanda ‘meningitis’. Radang atau jangkitan pada selaput saraf tak boleh dibuat main, ibu bapa perlu ambil perhatian.

7.Sakit kepala yang teruk dan tidak berkurang dengan ubat yang telah diberi seperti paracetamol.

8.Masalah pernafasan yang teruk (sesak nafas). Jangkitan paru-paru boleh disertai sesak nafas bersama batuk dan demam.


9.Serangan sawan. Apabila anak mengalami demam beserta serangan sawan, jangan biar ia kerap berulang. Ini juga merupakan tanda dan perkara yang perlukan pemeriksaan doktor.

10.Sakit perut berterusan. Cirit-birit atau sakit berterusan bersama simptom seperti demam perlu diambil perhatian juga oleh ibu bapa. Keadaan anak boleh menjadi lebih buruk jika tidak dirawat awal. Kehilangan air berterusan melalui cirit-birit boleh menyebabkan anak mengalami dehydrasi dan masalah-masalah lain.

11.Tidak aktif dan tak mahu makan minum. Apabila anak mengalami demam hingga menyebabkan mereka terbaring dan tidak mahu makan atau minum, perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan sahaja di rumah.

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "