2 Feb - Pernah tak suatu hari anda terfikir untuk kawal semua peralatan elektrik di rumah hanya menggunakan suara sahaja? Pernah terfikir tak untuk ubah sistem elektri rumah anda macam rumah 'Iron Man'.
Mesti pernah terasa nak buat rumah macam tu kan? Zaman teknologi sekarang ini tiada yang mustahil untuk anda lakukan beberapa perkara yang terlintas di fikiran. Cuma perlu idea, kemahiran dan wang ringgit sahaja untuk merealisasikannya.
Seperti apa yang dikongsi oleh sebuah laman Facebook, Malaysia D.I.Y. Pemilik laman Facebook ini berkongsi sebuah video yang dituruti dengan kelengkapan yang diperlukan untuk mengawal televisyen, pintu pagar, suis lampu dan kipas hanya menggunakan suara sahaja.
Perkongsian sebegini sangat menarik perhatian netizen dan ramai yang mengimpikan untuk memiliki sistem semudah ini.
Menurut admin laman Facebook ini, hanya memerlukan modal sebanyak RM300 sehingga RM400 sahaja untuk menjadikan impian ini satu realiti. Pertama sekali beliau membeli Sonoff Switch dengan harga RM20++. Menurut beliau, alat ini boleh didapti secara online di laman web membeli belah online.
Kemudian, alat kedua yang perlu dibeli adalah Amazon Echo Dot (Alexa) dengan harga RM230 sehingga RM300 sahaja yang juga boleh didapti secara atas talian.
Jom ikuti perkongsian penuh daripada Malaysia D.I.Y ini bagaimana ingin mengubah rumah menjadi seperti rumah 'Iron Man'. Semoga bermanfaat.
Hari ni ramai yg pm admin mcm mana nak diy semat home ni. ada yg tanya rega. Ada yg tanya apa nak kena beli. Ok sini admin bagi step by step.
-update combine dgn IFTTT mcm rumah ironman dah.
-update fire tv stik. Tv voice control.
1. Beli sonoff switch (rm20.00 ++)
Fungsinya. Sbgai suis nak control apa saja barang letrik. Suis ni kena connect wifi kita dan kita potong wayar sebelum masuk ke alatan kita letak benda ni.
Dengan ada suis ni rumah kita dah kira smart. Boleh dah control guna apps hp (ewelink) sama ada dekat atau jauh. Benda ni tak perlukan alexa pun nak control. Cuma tak boleh voice control kalau alexa takde.
Mana nak beli? Lazada, shopee. Cari sonoff switch.
Reminder. Timer. Alarm. Apa saja. Skillnya beratus2 ribu dan admin pun tak explorer habis lagi. Benda ni simple. Just plug n play. Connect wifi kita. Powernya micro usb. Nak letak mana2 pun boleh. dia special sampaikan kita bisik pun dia dengo. Jarak jauh atau bising pun dia masih dengo. Nak test mcm mana alexa ni fungsi korang download dr AppStore atau playstore “reverb”. Dah boleh sembang cuma takleh control device.
3. Lain2 aksersori tu korang boleh tambah pelan2 tunggu gaji. 1 bulan 1 device pun ok sbb tak mahal pun aksesori dia. Yg paling mahal alexa tu je.
4. Admin juga rekeman korang gunakan servis IFTTT yg semestinya percuma. Boleh set timer atau alert dari sini. Korang boleh set location dlm tu. Contohnya bila korang balik rumah lampu dan alatan sptr autogate, kipas atau ekon terbuka sendiri bila korang sampai semua dah tersedia. Begitu sebaliknya bila korang keluar kawasan rumah semua tertutup sendiri. Korang masuk rumah alexa dah ucapkan helo dan bacakan info atau berita.
5. Sekiranya bajet anda ada lebihan, boleh beli fire tv stik dari Amazon. Fungsi sama mcm android tv. Cucuk kat hdmi tv sedia ada. Tapi yg specialnya tv ni boleh dikawal juga menggunakan suara sama ada tukar chanel atau volume. Remotenya juga boleh berfungsi sebagai mic sekiranya anda berada jauh dari alexa. Rege rm200 ++
Kesimpulannya. Kos antara 3-4 rat je. Alexa ni takde pun takpe kalau takmau voice control.
Ok semoga apa yg admin share ni bermanafaat pada korang semua. Kalau ada apa2 lagi yg musykil admin akan add dlm post ni.