Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Meninggal, Ibu Pula Larikan Diri, Baru 10 Tahun Dah Jadi 'Ibu' Pikul Tanggungjawab jaga 2 Orang Adik Lelakinya

2 Feb 2018


Beberapa tahun lalu bapa mereka meninggal dunia akibat kanser, ibu pula melarikan diri entah kemana membawa kesemua wang simpanan yang ditinggalkan suaminya.  Sejak itu, Xiao Ying sebagai anak yang paling sulung memikul tanggungjawab untuk menjaga dua lagi adik lelakinya dengan serba kekurangan.

Hidup dengan keadaan yang daif disebuah perkampungan kecil di Nantang, Xiao Ying yang baru berumur 10 tahun tetap gigih menjaga kedua-dua adik lelakinya.  Setiap pagi, dia akan mengajak adik-adiknya memberus gigi diluar rumah.  Usai itu, mereka kemudian bersama-sama menuju kesekolah dengan ditemani seekor anjing peliharaan bapa saudara mereka yang telah ditugaskan untuk melindungi dan menjaga anak-anak ini.



Xiao Ying merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pembelajarannya.  Walaupun melalui kehidupan yang sukar dan tanggungjawab berat yang dipikul diusia muda, Xiao Ying sering dilihat membantu rakan sekelasnya dalam latihan membaca seperti gambar dibawah.



Selesai sesi persekolahan, dalam perjalanan pulang, Xiao Ying akan membantu adik-adiknya memikul beg mereka  supaya perjalanan mereka sampai dirumah dengan cepat.  Sampai dirumah, Xiao Ying akan mula melakukan kerja-kerja rumah seperti menyediakan makanan, membersih rumah dan mengangkut air untuk kegunaan harian mereka.





Kebiasaannya adik beradik ini hanya akan menikmati hidangan nasi dan sayur.  Jaranglah mereka dapat menikmati makanan-makanan yang sedap seperti ayam, ikan atau daging.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, Xiao Ying setiap hari masih berharap agar ibunya akan kembali kepada mereka suatu hari nanti.



Dia juga akan selalu menasihati adik-adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh semoga dapat mencapai apa yang mereka inginkan apabila besar nanti.  Dalam pada itu, bapa saudara mereka pernah menyuarakan pendapat agar Xiao Ying menyerahkan kedua adiknya itu kepada pusat kebajikan, namun cadangan itu ditolak sekeras-kerasnya.



Ketiga-tiga anak kecil ini mendapat sumbangan daripada pihak sekolah untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.  Tabah sungguh kanak-kanak ini menjalani kehidupan yang semakin mencabar daripada hari ke hari.  Apatah lagi nak dibandingkan dengan kita yang masih mempunyai tempat berteduh dan cukup makan dan minum namun masih mengeluh.  Semoga mereka dilindungi dan menikmati kehidupan bahagia bersama-sama.

Siakapkeli.my

Sumber: Good Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "